Jadi Positif - Percakapan

>> Thursday, June 25, 2009

Percakapan yang positif membawa kepada ketenangan. Percayakah anda??? Cubalah, anda akan merasai kenikmatan ketenangan jiwa apabila anda bercakap perkara yang positif. entry ini mungkin lebih kurang sama dengan entry saya mengenai Ucapkan Perkataan Yang Baik, namun disini terdapa perbezaan. Disini saya ingin memberi satu contoh berdasarkan pengalaman saya semasa berada di dalam kelas 5 arif, SMK padang midin.

  • Contoh pertama:- Saya BODOH!!!
  1. Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang yang kurang pandai (pada pandangan dia sendiri) . Setiap kali saya bercakap dengan dia, dia mesti mengatakan yang dia tu bodoh malah membandingkan dia dengan diri saya. Saya pun menjelaskan keadaan yang sepatutnya dia sedar.
Awak sebenarnya bukan bodoh. Awak bukannya kurang pandai dan awak bukannya seorang yang lembab. Sedar atau tidak, sebenarnya seorang manusia mempunyai potensi untuk menjadi seseorang yang pintar. Ini kerana kita dilahirkan dengan berjuta-juta sel neuron, namun kita tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan kita yang mempunyai berjuta-juta sel neuron itu tadi. Bayangkan potensi kita... Ini semua adalah dalam diri kita. Perlakuan kita. lebih-lebih lagi SIKAP kita. Kebanyakkan orang yang merasakan dirinya bodoh sebenarnya tidak bodoh. Kepada yang rasa dan kata dirinya bodoh, jom kita lihat checklist dibawah untuk menunjukkan apa yang menyebabkan anda kurang dan lemah dalam pembelajaran:-
  • saya mudah putus asa
  • saya malas
  • tak ada mood lah nak study
  • tiada kawan-kawan yang memberi persaingan
  • kawan-kawan saya bukan jenis study
Sekarang dah tahu mengapa anda jadi lemah dalam pembelajaran. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan masalah ini, namun umumnya adalah sebab yang diatas. Jadi... Ucapkan yang positif... Anda patut memanjakan diri anda dengan kata-kata yang positif.. Contohnya:
  • saya akan jadi bijak
  • saya rajin
  • saya cantik
  • saya mampu
  • saya apa kurang hebatnya
  • saya akan jadi lebih hebat dari dia
  • saya mampu jadi macam ~(tokoh, role model anda)
Kadang-kadang, diri anda perlukan penghargaan dari mulut anda. Kata-kata yag positif akan menolong anda untuk bertenang. Dan ia adalah DOA... Jadi, STOP...!! Jangan doakan anda bodoh..

Read more...

Jadi Positif

Jadi Positif.... itulah yang terbaik..

Ia merangkumi semua aspek sama ada dari aspek

  • perbuatan
  • pemikiran
  • percakapan

Ini kerana, perkara yang positif biasanya membawa kepada hasil yang positif..
Kita akan rungkaikan nya satu persatu dalam entry seterusnya

Read more...

Kongsi

>> Monday, June 22, 2009


Kongsilah selagi boleh..
kongsi adalah sesuatu yang murni..

lebih-lebih lagi yang mampu berkongsi kepada tidak..
Bukankah itu indah..

Jadilah orang kaya yang berkongsi harta..

Jadilah orang bahagia berkongsi gembira..

Jadilah orang yang sihat berkongsi tenag
a..
Dan yang penting....

Jadilah orang yang berilmu yang berkongsi ILMU

Read more...

Renungan Bersama

>> Wednesday, June 17, 2009


"Orang yang paling bahagia di sisi Allah adalah orang yang paling banyak melakukan kebaikan dengan tangannya sendiri, yang paling banyak memberikan kebaikan kepada kawan-kawannya, dan paling bersyukur atas semua itu...Alhamdulillah"

Renung-renungkan.. Dan selamat beramal..

'tagline Prof. Izzi'

Read more...

Ucapkan perkataan yang baik

>> Thursday, June 4, 2009

Mengucapkan perkataan yang baik amat perlu untuk seseorang pelajar kerana sebagai seorang pelajar kita harus ingat setiap perkataan yang dilafazkan diibaratkan doa. Bila kita berdoa kita haruslah mendoakan kebaikan sebab itu sebelum mengeluarkan setiap ucapan yang baik. Sebagai contoh saya menyakini saya akan mendapat kesemua `a`.

Selain itu, mengucapkan perkataan yang baik juga penting untuk menjadi pendorong semangat yang positif. Dengan berkata saya boleh dan dapat membantu jiwa, emosi serta mental kita dalam keadaan yang tenang, ini kerana jiwa yang tenang dapat membantu dalam menghadapi peperiksaan dengan berkesan malahan mental dan emosi yang tenang dapat membantu dalam memperoleh ilmu dengan ofiksyen.

Tambahan pula, dalam perhubungan kita seharian dengan komuniti sekeliling dalam menjaga perhubungan tersebut. Lebih-lebih lagi mengucapkan perkataan yang baik dapat juga menjaga perasaan rakan-rakan, guru,guru dan lebih-lebih lagi ibu-bapa. Bayangkan jika kita tidak akan menyebut perkataan yang baik, mereka semua ini boleh berasa tersinggung dan menimbulkan perasaan benci kepada anda.

Read more...

Restu Orang Tua

Apabila kita berbicara mengenai restu tua sudah semestinya kita akan memikirkan mengenai restu kedua ibu bapa kita. Namun sebelum berbincang lebih mendalam mengenai restu orang tua, kita harus faham apa itu restu dan bagaimanakah ia mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Restu merupakan berkat atau keberkatan daripada seseorang terhadap perkara yang kita lakukan yang menyenangi hati dan perasaan mereka. Sebagai contoh menolong orang yang memerlukan. Apabila kita menolong mereka, mereka akan berasa senang hati dan memberi restu kepada kita dengan cara mendoakan kita. Namun doa mereka tidak semestinya dilafazkan di mulut mereka tetapi mereka mendoakan kita di dalam hati mereka seperti, ”semoga kamu berjaya dalam hidup”. Itulah restu.

Restu tidak semestinya hanya terletak kepada kedua orang ibu bapa kita. Ia boleh terletak kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita tidak kira adik-beradik kita, guru-guru, rakan-rakan malahan orang yang kita tidak kenali. Sebab itu, kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang harus menjaga setiap perkara yang kita lakukan terutama kata-kata yang kita lafazkan. Ini kerana tanpa kita sedari, dengan kata-kata dapat menyinggung perasaan manusia, sebab itu kata-kata itu di ibaratkan lebih tajam daripada pedang, kerana dapat menusuk terus ke hati manusia.

Sebagai pelajar, keberkatan amat diperlukan dalam menjamin kecemerlangan kita dalam peperiksaan. Ini kerana walau setinggi gunung pun usaha kita tetapi tiada kerestuan atau keberkatan, kita tidak akan berjaya. Oleh itu, kita harus menjaga hati dan perasaan semo\ua orang walau dengan apa jua sekalipun.
Sebagai seorang anak, kita haruslah menyenangi perasaan ibu dan bapa kita dengan menggembirakan mereka seperti belajar bersungguh-sungguh. Tidak menjatuhkan maruah keluarga sehingga membuatkan mereka kecewa dan juga mengikut segala arahan mereka serta tidak melawan cakap mereka.

Sebagai seorang pelajar pula, untuk menjaga hati dan perasaan seorang guru, kita haruslah menumpukan perhatian yang penuh semasa proses pengajaranya berlangsung. Menunjukkan rasa minat terhadap subjek yang dipelajari. Ini adalah kerana guru akan berasa lebih gembira jika mereka tahu bahawa pelajarnya minat terhadap subjek yang diajarnya serta segera menyiapkan kerja sekolah serta nota yang disuruh buat.
Sebagai seorang rakan pula, anda harulah menjaga perasaan mereka dengan tidak mengumpat di belakang mereka. Jujur dalam persahabatan. Ikhlas berkawan bukan kerana dia kaya ataupun pintar serta seboleh-bolehnya menolong mereka sewaktu mereka menghadapi masalah.

Bagaimana pula kalau kita tidak direstui? Ada diantara kita tertanya. ”Aku setiap hari ke kelas tuisyen, latihan sekolah sentiasa aku siapkan, nota aku habiskan, malam-malam aku study sampai tengah malam tetapi kenapa result aku tak pernah cemerlang?”. Ini adalah sebenarnya mungkin kerana kita telah menyinggung perasaan seseorang tanpa kita sedari. Walaupun orang tersebut hanya tersinggung sedikit, namun kesanya amatlah besar.

Oleh itu, kita haruslah segera memohon maaf kepada semua orang yang kita berbicara terutamanya ditahun kita menghadapi peperiksaan. Walaupun kita rasa kita tidak melakukan kesilapan, namun mereka mungkin tersinggung. Sebab itu, dalam apa jua majlis, pengerusi majlis akan berkata,” maafkan saya jika saya tersilap bicara atau terkasar bahasa, segala kekurangan haraplah dimaafkan”. Ini kerana mereka bimbang menyinggung perasaan. Sebulan sebelum peperiksaan berlangsung, sebaik-baiknya kita memohon maaf dengan semua teruatamanya daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan supaya diri kita akan berasa lebih tenang menjelang peperiksaan.

Read more...

Akhlak Yang Mulia

Seorang pelajar cemerlang yang sempurna haruslah mempunyai dua komponen asas yang dilihat dan dinilai oleh komuniti disekeliling. Perkara itu ialah akademiknya dan akhlaknya. Yang sungguh menariknya, kedua-dua perkara ini amat dinilai oleh masyarakat disekeliling kita dalam menentukan seseorang itu bagus atau tidak.

Katakan anda hanya cemerlang dalam akademik namun disekolah anda merupakan seorang pelajar yang vandalisme ataupun seorang pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah. Cuba anda fikir, apakah tangapan yang akan dilemparkan oleh masyarakat kepada anda. Sudah tentu tanggapan mereka sesuatu tanggapan yang negetif terutama tanggapan dari kalangan guru-guru disekolah. Anda tidak dapat menjadi pelajar yang dapat dicontohi oleh pelajar yang lain kerana akhlak anda tidak sebegitu cemerlang dan mereka akan berasa ragu-ragu untuk mencontohi anda. Jadi, jika kita sebijak manapun, kebijaksanaan itu tidak akan dipandang kerana akhlak yang negatif.
Begitu juga orang yang berakhlak mulia tetapi kurang cemerlang dalam akademik.

Akhlak yang sebaik mana sekalipun tetapi kurangnya pengisian ilmu terhadap diri tidak akan dipandang oleh masyarakat sekeliling. Tambahan pula, dalam berkawan diantara orang yang cemerlang akademik dengan orang yang kurang cemerlang akademik, sudah tentu ramai ingin berkawan dengan orang yang cemerlang akademik. Ini kerana merka sudah tentu ingin menjadi cemerlang seperti orang tersebut. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merupakan seorang yang berakhlak mulia kerana proses mencari ilmu tidaklah sebegitu rumit berbanding proses membetulkan sahsiah dalam diri. “manusia memerlukan masa selama tiga tahun untuk menjadi baik, namun hanya tiga hari sahaja yang diperlukan untuk manusia menjadi seorang yang jahat

Oleh itu kita haruslah memupuk diri kita untuk menjadi lebih bersahsiah dan mempunyai akhlak yang mulia dengan cara mencotohi golongan yang berbudi bahasa serta mempunyai sahsiah yang baik. Kita ikut cara mereka bertutur dan beradab sebagaimana kita meniru artis-artis kedukaan kita. Jadi apa salahnya kita mengikut cara dan gaya orang yang bersahsiah dan berakhlak. Selain itu, kita juga boleh mumupuk sahsiah yang baik dan akhlak yang mulia adalah melalui agama. Ini keran tidak ada agama di atas muka bumi ini yang menyuruh untuk berbuat kejahatan malahan menyuruh penganutnya melakukan kebaikan. Tambahan pula kita haruslah berpegang pada pepatah, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Dalam membuat kebaikan kita haruslah berpada-pada dan kita sebaik-baiknya mengikut segala perbuatan jahat kerana sekali kita melakukan kesilapan dan kita tidak mengambil iktibar daripada kesilapan itu, kita mungkin akan mengulanginya semula.

Justeru itu, dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan boleh dikatakan boleh dicontohi, kita haruslah berusaha untuk mempertingkatkan kedua-dua aspek tersebut. Namun begitu, lebih baik mempunyai salah satu kelebihan dalam kedua-dua aspek tersebut berbanding langsung tidak mempunyai apa-apa.

Read more...

Hulurkan Bantuan

Menghulurkan bantuan adalah salah satu cara untuk kita melatih diri kita menjadi rajin kerana kita tahu untuk berjaya kita haruslah menjadi seorang yang rajin dan kuat berusaha. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menghulurkan bantuan tak kira dalam apa jua bentuk mahupun kepada siapa kita hendak tolong.

Kita mulakan sifat suka membantu itu bermula dari rumah seperti yang kita ketahui setiap seribu batu perjalan bermula selangkah dari rumah. Sebagai contoh bagi golongan perempuan, anda boleh menolong ibu anda ke kedai membeli barangan dapur, menolong ibu menjemur pakaian di ampaian mahupun menolong ibu anda membasuh pinggan di dapur manakala bagi golongan lelaki anda boleh menolong bapa membasuh kereta ataupun membersihkan halaman rumah. Setiap titis peluh yang keluar hasil daripada menolong ibu dan bapa sebenarnya telah mengembirakan hati mereka Sekaligus membuatkan mereka rasa tenang hati untuk mendoakan keberkatan dan kejayaan kita kerana doa kedua ibu dan bapa kita amatlah membantu dalam kejayaan kita kerana merekalah yang telah membesarkan dan menjaga kita sejak dari kecil lagi.

Seterusnya, anda bolehlah menghulurkan bantuan anda kepada rakan-rakan dan guru di sekolah. Cara yang paling mudah ialah dengan melaksanakan setiap arahan guru. Sebagai contoh guru meminta anda agar membersihkan kelas setiap hari mengikut jadual. Jika kita melaksanakan arahan mengikut jadual sebenarnya kita telah pun membantu guru dalam tanggujawabnya memastikan pelajar melaksanakan setiap tanggungjawab terhadap kelas. Tambahan pula, kelas yang bersih dapat menyediakan suasana kondusif untuk kita belajar dan juga untuk guru mencurahkan ilmu. Ini dapat membantu kita dalam memperoleh keputusan yang cemerlang dan juga mendapat pandangan positif dari kalangan guru.

Seterusnya dan yang amat penting bagi kita seorang pelajar ialah membantu rakan-rakan kita. Rakan kita yang juga teman untuk kita belajar di sekolah kadang-kadang amat memerlukan bantuan kita dan tanpa kita sedari juga, kita amat memerlukan bantuan dari mereka. Sebagai contoh bantuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Katakan anda merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang dalam mata pelajaran matematik namun begitu anda merupakan seorang pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu. Anda boleh membantu rakan anda yang lemah dalam subjek matematik disamping anda mencari bantuan daripada rakan anda yang merupakan seorang yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa melayu. Dengan ini anda tidak memperoleh sebarang kerugian bahkan anda dapat bersama-sama dengan rakan anda meningkatkan prestasi dan kecemerlangan anda juga rakan anda

Read more...

Nekad

Nekad. Dalam menjadi pelajar yang cemerlang kita haruslah nekad, bermakna anda haruslah berani mengambil tindakan kadar risiko yang rendah serta bergntung kepada kemampuan.

Sebagai contoh dalam situasi seorang budak yang berlari dan ingin melompat longkang yang besar buat kali pertamanya. Dalam dirinya pasti akan timbul rasa takut. Tanpa rasa gentar, dia nekad untuk berlari lalu melompat longkang itu.

Itulah yang pentingnya nekad, dengan adanya nekad, anda dapt mengatasi perasaan takut yang terdapat dalam diri. Namun begitu, kita nekad bergantung pada kemampuan kita sendiri.

Seperti dalam cerita tadi, budak tersebut berjaya melompat melepasi longkang tersebut kerana dia teringat dia pernah melompat dalam jarak sebegitu. Cuba bayangkan jika dia tidak pernah melompat dalam jarak sebegitu, perasaan teragak-agak akan menyelami diri. Walaupun dia nekad sekalipun, dia mesti jatuh ke dalam longkang.

Read more...

Ikhtiar

Ikhtiar bukan ke maksudnya sama dengan berusaha. Tidak ia amat berbeza walaupun seakan sama usaha adalah perkara yang kita lakukan untuk mencapai matlamat manakala ikhtiar pula apa yang kita lakukan selepas berusaha dan bergabtung pada niat serta bersifat individu.

Contoh usaha adalah seperti membaca buku, belajar berkumpulan, membuat latih tubi, dan sebagainya yang berkaitan. Kesemua usaha ini dibuat secara berkumpulan mahupun secara individu. Ikthiar pula sedikit berbeza dengan usaha. Contoh seorang pelari pecut berusaha setiap hari dengan berlatih namun pada hari pertandingan semasa bermulanya detik permulaan, dia akan berikthiar untuk memenangi dalam pertandingan itu. Jelasnya, ikhtiar ini bergantung pada usaha kita.

Bagi pelajar pula, mereka telah berusaha sebaik mungkin sebelum hari peperiksaan. Pelbagai cara telah diambil seperti ? dan bertanyakan guru namun semasa hari peperiksaan seseorang pelajar akan berikhtiar untuk berjaya dan menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Ia dikatakan bersifat individu kerana ikhtiar ini bergantung pada diri masing-masing. Semasa peperiksaan anda tidak boleh membantu rakan anda. Begitu juga dengan pelari pecut tadi, ketika dia berlari dia hanya boleh cuba untuk berjaya.

Read more...

Berusaha

Sebenarnya untuk berjaya ini bukanlah senang dan bukanlah mustahil. Kerana itulah fitrah alam yang saling berkait rapat. Sebagai contoh, hendak memperolehi diuit bukanlah senang namun hendak menghabiskannya teramatlah mudah. Sebab itu kita perlu berusaha untuk memperoleh kejayaan. Tidak kiralah anda berusaha secara perseoramgan mahupun berkumpulan. Setiap kali anda berusaha anda telah menaiki satu tangga untuk sampai kearah kejayaan. Namun begitu kita tidak akan tahu berapa langkah lagi yang diperlukan untuk sampai ke puncak kejayaan.

Usaha kita haruslah bermula dari awal-awal lagi tidak harus tunggu sehingga sampai detik menjelang peperiksaan .Sebagai contoh ketika berada di dalam kelas. Mula-mula sebelum guru masuk, baca dahulu mengenai tajuk yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Setelah guru masuk kelas, cuba kosongkan minda anda terhadap memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan pembelajaran anda bagi memastikan anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran sedang berlangsung. Selepas itu, ketika proses pembelajaran sedang berlangsung, segera meringankan mulut. Ini tidak bermakna anda boleh bercakap dangan rakan anda mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran anda pada waktu itu. Ringankan mulut anda untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang anda tidak faham. Dengan ini anda dapat membantu diri anda untuk belajar dengan cara berkesan kerana adanya komunikasi di antara guru dengan pelajar.

Disamping itu anda bolehlah belajar dalam kumpulan. Study group juga merupakan usaha untuk berjaya. Belajar secara kumpulan dapat membantu semua anggota kumpulan untuk berjaya kerana adanya kerjasama antara anda dengan rakan-rakan anda. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek Sains belajar dengan rakan anda yang hebat dalam subjek tersebut .Begitulah sebaliknya dalam subjek lain. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan keputusan yang cemerlang bagi anda semua dan ia tidak mungkin juga akan dapat meningkatkan prestasi untuk satu kelas mahupun satu sekolah.

Usaha yang dilakukan pula haruslah dibuat secara berterusan. Kita harus beristiqamah dalam melakukan sesuatu kerana usaha yang berterusan baru dapat membuahkan hasil yang memuaskan hati serta membanggakan kita semua. Jangan bersikap sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jika yang sedemikian anda akan sentiasa berada di takuk yang lama malahan prestasi anda akan menjadi semakin mundur saban hari. Anda harus tanamkan sikap mahukan yang lebih sepertimana anda mahukan wang sudah tentu anda mahu wang anda banyak. Begitu juga usaha anda harus berusaha dengan tekad yang tinggi iaitu sentiasa melipat gandakan usaha anda. Jika hari ini anda berusaha satu kali, anda harus pastikan esok anda berusaha dua kali.

Anda harus ingat, untuk mendapatkan sesuatu yang bermakna memerlukan banyak pergorbanan dan sudah tentu pengorbanan itu memeritkan seperti sebuah ungkapan yang memberi pedoman,” akar bagi sesuatu pembelajaran amatlah pahit rasanya akan tetapi buah yang diperolehi amatlah manis”. Oleh itu usaha amat penting dalam memperolehi keputusan yang cemerlang bagi pelajar bahkan bagi semua yang ingin mencapai sesuatu kejayaan.

Read more...

Ideal Yang Bernas


Anda hendak menjadi pelajar yang cemerlang, anda harus tunjukkan sifat yang cemerlang serta mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang. Malahan cara anda berfikirpun haruslah berfikir secara cemerlang. Salah satunya ialah, pelajar cemerlang akan mengluarkan ideal yang bernas.

Ideal yang bernas merupakan ideal yang tercetus hasil dari pembacaan yang mendalam dan secara khusus mengenai sesuatu perkara . Ideal yang bernas juga dicetus hasil daripada kegagalan sesuatu perkara serta hasil dan pengalaman mengenai sesuatu perkara yang dialami. Sebagai contoh, seorang pakar dalm bidang sains pertanian boleh mengeluarkan ideal yang bernas mengenai cara penanaman yang berkesan bagi pertumbuhan tumbuhan adalah mungkin melalui kajian yang mungkin dilakukan olehnya. Hasilnya, dia akan lebih tahu mengenai perkara tersebut lebih mendalam dan itu menjadikan dia seorang pakar yang cemerlang dalam bidang tersebut. Berbeza pula dengan Thomas Eddison seorang pereka cipta yang berjaya mencipta lampu hasil daripada seribu kegagalan. Jika ditanya kepadanya mengenai kegagalannya itu, dia akan menjawab, “kini saya sudah tahu 1000 sebab mengapa lampu tidak menyala”

Bagaimana ideal tersebut dikatakan bernas? Ideal tersebut dianggap bernas apabila ideal yang dinyatakan mahupun pendapat yang dikeluarkan itu dianggap wajar oleh orang yang mendengarnya dan boleh diguna pakai. Sebagai contoh, anda dan rakan-rakan anda berbincang mengenai sesuatu isu dan isu yang dibincangkan itu anda telah memahaminya dan faham serta tahu secara mendalam mengenainya melalui anda pernah membaca mengenainya.

Jadi bagaimana anda ingin memperolehi ideal yang bernas? Apa yang anda harus buat adalah membaca. Pembacaan yang banyak dan efektif dapat membantu dalam penjanaan akal dan minda mencetuskan ideal serta pendapat yang bernas. Ini adalah kerana dengan membaca, tak kira surat khabar, ensiklopedia mahupun majalah kita dapat mendalami sesuatu ilmu itu dengan lebih mendalam sehinggalah kita betul-betul faham akan sesuatu perkara tersebut serta boleh dianggap pakar iaitu apabila anda diajukan soalan mengenainya, anda dapat menjawab serta memberi penjelasan yang wajar mengenainya. Namun begitu, membaca sahaja tidak mencukupi. Ini kerana minda kita cuma dapat mengingati semua maklumat yang diperolehi melalui pembacaan hanya selama dua hari. Apabila masuk hari ketiga, kita akan mula terlupa mengenai maklumat yang dibaca. Sebab itulah setiap pembacaan harus disusuli pula dengan catatan dan juga pengamalan ilmu tersebut.. Ia boleh dilakukan dengan cara yang interaktif seperti peta minda, nota ringkas dan juga kuiz bagi melatih ingatan anda.

Dalam konteks menjadi seorang pelajar yang cemerlang, ideal yang bernas boleh dikeluarkan sewaktu pembelajaran terutama sekali sewaktu pembincangan. Sebagai seorang pelajar yang ingin mengeluarkan pendapat yang wajar dan ideal yang bernas, anda bolehlah meneroka dahulu tajuk-tajuk yang kehadapan dalam buku teks anda terhadap semua tajuk. Dengan ini anda dapt mengetahui serba sedikit mengenai apa yang bakal anda pelajari. Tambahan pula, bagi mengukuhkan pemahaman mengenai tajuk-tajuk tersebut, anda harus membuat rujukan serta sedikit latihan mengenainya agar setiap ilmu yang dapat, anda betul-betul menguasainya.

Read more...

Mantapkan diri

Mantapkan diri ialah sesuatu asas bagi pelajar cemerlang yang ingin lebih cemerlang , pelajar itu sentiasa merasakan yang dirinya masih belum lengkap walaupun dia merupakan pelajar terbaik.

Namun begitu dalam bahagian memantapkan diri boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang penting. Semestinya setiap daripada aspek itu akan bersifat menyeluruh terhadap keperluan diri kamu Aspek itu adalah seperti memantapkan fizikal kamu, memantapkan emosi kamu, memantapkan akal fikiran kamu serta memantapkan sahsiah kamu yang menjurus kepada akhlak dan budi kamu.

Dalam aspek memantapkan fizikal ia lebih kepada kesihatan tubuh badan dan cara kamu menjaga tubuh badan kamu sama ada diluar mahupun didalam badan. Bagi pelajar yang cemerlang ia sangat penting kerana tubuh badan yang sihat dapat membantu kamu dalam memperoleh ilmu dengan berkesan. Bayangkan anda kesekolah dengan keadaan yang sakit seperti demam dan selsema iaitu penyakit yang kebiasaannya dialami oleh pelajar.

Sudah tentu ia akan menganggu tumpuan anda didalam kelas. Lantaran daripada tumpuan yang tidak sepenuhnya anda tidak memperoleh ilmu yang secukupnya seperti pelajar yang memberi tumpuan yang sepenuhnya. Jadi, pastikan fizikal anda berada dalam keadaan yang mantap dengan memakan makanan yang seimbang, sentiasa bersenam untuk memastikan diri dalam keadaan yang cergas serta melakukan pemeriksaan doktor sekurang-kurang nya dua kali setahun.

Dari aspek emosi pula, pelajar yang mempunyai emosi yang mantap tahu untuk mengawal emosinya. Jika anda seorang pelajar yang cemerlang, tak kan lah anda tiba-tiba marah secara tak menentu dalam kelas anda. Sebab itu pentingnya anda mempunyai emosi yang mantap. Emosi yang mantap adalah iaitu anda tahu bila anda patut rasa marah dan dalam keadaan apa anda harus gembira. Cuba anda fikirkan, anda tiba-tiba gembira dalam majlis pengebumian jenazah. Bukan kah itu pelik. Memang benar kadang-kadang emosi manusia bergantung pada diri manusia itu sendiri. Namun anda harus ingat setiap perkara anda boleh mengawalnya kecuali hidup, mati dan beberapa perkara lain yang diluar kuasa anda. Dalam emosi manusia, musuh yang bahaya adalah panas baran dan yang paling licik adalah kecewa. Ini adalah kerana panas baran ini sukar dikawal, dan cara untuk menundukkanya adalah dengan cara mempunyai kesebaran yang tinggi. Walau sehebat mana anda bijak mahupun terkenal, jika anda seorang panas baran anda tidak akan disanjung orang sekelling anda. Manakala kecewa pula dikatakan licik sebab ia sukar dipulihkan dan ia boleh ke tahap yang teruk sampai melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan. Untuk memulihkan nya anda harus melakukan sesuatu yang memuaskan hati anda, dan itu bergantung pada diri anda, sebagai contoh, anda minat menyanyi untuk melepaskan tekanan dan kekecewaan. Jadi and harus menyanyi dengan sepuas hati agar kekecewaan dan tekanan itu dapat dihilangkan.

Memantapkan akal mungkin kelihatan mudah bagi kita sebagai seorang pelajar. Namun ia bukan semudah yang difikirkan jika caranya tidak kena,. Untuk memantapkan akal anda harus mengisinya dengan ilmu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berguna. Dan anda harus ingat bahawa ada juga perkara yang akan membuat akal kita akan menjadi rosak sepertinya memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah. Yang menariknya akal mahupun otak anda akan berkait saling rapat dengan fizikal anda. Memang sudah biasa kita mendengar bahawa ‘Badan Sihat Otak Cergas”. Sebagaimana cara kita menjaga fizikal begitu juga cara kita menjaga akal kita. Pemakanan yang seimbang dan sihat serta berkualiti amat penting dalam menjaga otak kita. Elakkan merokok dan mengambil alkohol kerana kedua-dua bahan ini akan mendatangkan kerosakkan pada otak dalam jangka masa panjang. Sepertimana fizikal akal juga perlukan rehat, dan caranya mudah iaitu dengan cara beriadah dan elakkan bermain permainan komputer kerana ia merupakan salah satu cara untuk merosakkan akal. Galakkan otak dan akal anda bermain sesuatu yang menguji minda sepertimana sudoku dan catur juga tidak kurang teka silang kata .

Memantapkan diri dalam aspek sahsiah juga saling berkait rapat dengan pemantapan diri dalam aspek yang lain. Dalam memantapkan sahsiah, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan yang penting cara itu mestilah betul. Pertama sekali, anda boleh memantapkan sahsiah melalui berjumpa dengan pakar dalam agama bagi menuntut ilmu agama. Ini adalah kerana, agama merupakan asas kepada sahsiah yang tinggi. Jika anda orang yang beragama islam anda bolehlah pergi menuntut ilmu agama dengan ustaz atau ustazah begitu juga dengan mereka yang menganuti agama yang lain bagi membolehkan mereka mendalami agama. Ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diajar oleh agama boleh membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia.
Dalam konteks pelajar yang cemerlang, memantapkan diri lebih tertumpu kepada rasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Namun ia tidak bermaksud tidak bersyukur dan tamak. Ia lebih kepada walau sehebat , sebijak, mana mahupun sebaik mana pun dia masih berasa bahawa ada lagi yang bijak, hebat dan baik lagi dari dia serta dia akan meletakkan dirinya dalam keadaan merendah diri. Oleh itu dia akan sentiasa usaha bagi memantapkan diri. Sebagai contoh, kita ambil seorang pelajar yang cemerlang yang sentiasa memantapkan diri serta sentiasa memperoleh keputusan ujian yang tinggi. Memang dia bijak namun dia masih merasakan bahawa dia rasa ilmu di dada masih belum cukup, dia akan terus berusaha untuk memenuhi ilmunya. Pelajar itu akan rasa jemu untuk memantapkan diri. Tambahan pula, dia akan dia akan menanam kan sifat “kiasu” , iaitu sifat takut untuk kalah. Dalam konteks belajar dia akan takut mundur dan dikalahkan dalam semua bentuk akademik dan kokurikulum. Dia akan bersaing dengan kumpulan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.

Jika dia sentiasa mantapkan diri, dia akan mendapat satu hasil yang amat memuaskan kerana berbaloi dengan usaha. Malahan dia akan menyemai perangai “perfectionist”, iaitu perangai kesempurnaan. Jika hari ini dia mendapat dua `a`, dia akan berkata dalam dirinya, ini tak boleh jadi, kenapa orang lain mendapat straight `a` sedangkan aku hanya dua tak boleh aku perlu berusaha lagi. Itulah sifat individu yang sentiasa memantapakan diri. Dimana sifat yang akan memacu kepada kecemerlangan.

Read more...

Haluan Yang Betul

Untuk berjaya, kita haruslah mempunyai destinasi yang harus kita tuju sebagaimana sebuah kapal terbang yang bertolak dari KLIA yang ingin pergi ke London perlu melalui laluan yang betul mengikut arah yang telah ditetapkan dalam GPS yang dihantar oleh menara kawalan. Sebagai pelajar, katakan buat masa ini anda ingin memperolehi straight A. Destinasi anda adalah pencapaian seluruh A dalam peperiksaan. Oleh itu anda haruslah memerlukan peta serta peralatan yang lengkap agar anda tidak akan tersesak dari haluan yang sepatutnya anda berada.

Kita mulakan dengan kenderaan untuk anda naiki bagi perjalanan ini. Kenderaan anda adalah niat. Niat merupakan kenderaan yang amat penting dan ia bergatung pada diri anda kerana niatlah dapat memastikan semua tindakan anda yang seterusnya mengikut niat anda. Anda harus tanya diri anda, ”mengapa aku ke sekolah?”. Sudah tentu ramai daripada kita akan menjawab, ”Aku ke sekolah adalah untuk belajar agar aku mendapat keputusan yang cemerlang bagi menggembirakan ibu dan bapa aku serta demi masa depan aku”. Jika itu niat anda, mengapa ketika anda berada disekolah, anda menghabiskan masa dengan sia-sia seperti berbual kosong dengan rakan. Ini jauh disudut hati anda, selain niat untuk belajar, anda mempunyai motif lain. Lantaran itu, segala yang anda lakukan kadang-kadang tidak menjurus ke arah matlamat anda. Pastikan anda berada di dalam kenderaan yang betul.

Perjalanan kita yang perlu kita lalui antaranya ialah belajar, melakukan latih-tubi serta lain-lain usaha. Memang perjalanan yang kita lalui amatlah jauh dan perjalan itu tidak akan habis walaupun kita telah berjaya kerana mendapat straight A adalah baru sub-destinasi dan matlamat lain yang perlu kita capai adalah jauh namun kita harus melaluinya. Sebagaimana monorail melalui setiap terminal. Jadi anda harus belajar untuk bergerak ke arah destinasi anda. Latih-tubi serta usaha yang lain pula merupakan tenaga tambahan yang membantu perjalanan kita. Semakin kuat kita usaha, semakin dekatlah kita dengan terminal straight A kita. Oleh itu jangan jemu berusaha. Semasa belajar pula anda harus menumpukan perhatian yang penuh agar tidak tersilap. Sebagaimana seorang pemandu, tumpuan yang penuh amat penting kerana jika ada gangguan boleh membuatkan anda terbabas atau tersalah jalan. Tidak kuranglah perjalanan kita yang juga ada gangguan seperti ingin bercakap semasa guru mengajar mahupun mengelamun dalam kelas. Namun sebaik-baiknya cuba hindarkan gangguan tersebut agar perjalanan kita menjadi lancar.

Peta, GPS dan kompas pula merupakan pebimbing kepada pemandu untuk sampai ke destinasi semasa perjalanan. Bagi anda pula, peta anda ialah guru-guru, kompas adalah rakan-rakan manakala ibu bapa merupakan GPS. Mereka merupakan penunjuk arah yang terbaik dalam perjalanan menuju kejayaan anda kerana mereka dapat membimbing kita dengan sebaliknya. Bagi pemandu jika malu bertanya sesat jalan, bagi pelajar pula, malu bertanya keraguan menyelubungi. Anda harus rajin bertanya mengenai keraguan anda. Jangan pendamkan gara-gara malu yang tidak bertempat agar tidak menjadi masalah semasa peperiksaan. Ibu bapa pula ialah GPS yang menasihati kita serta mendorong kita agar lebih bersemangat untuk sampai ke destinasi kejayaan. Malahan mereka akan membantu membezakan arah mana perlu dilalui serta arah mana perlu dielak seperti apa yang perlu anda buat serta apa yang anda tidak patut buat., Namun kawan sedikit berbeza kerana kawan ibarat kompas bergantung dimana kita pilih tempat untuk meletaknya. Jika anda letakkan kompas berhampiran dengan besi mahupun dekat dengan magnet, kompas tersebut tidak dapat menunjukkan arah yang betul. Kawan yang baik dapat membantu anda menuju jalan kebaikkan manakala kawan yang kurang baik kurang membantu dalam menuju kejayaan.

Justeru itu, pastikan anda merupakan seorang pemandu yang betul-betul mahu sampai ke destinasi kejayaan yang memiliki kenderaan yang sempurna, peta yang jelas, GPS yang tepat, kompas yang diletakkan di tempat yang betul serta pandai mengharungi perjalanan dimana bijak dalam menghindari gangguan. Dengan itu, anda akan melihat papan tanda destinasi kejayaan menunjukkan bahawa anda hanya berada tidak jauh dari destinasi anda.

Read more...

Yakin

Yakin adalah salah satu faktor yang yang membezakan pelajar cemerlang dengan tidak cemerlang. Kita lihat kesemua pelajar yang cemerlang di Malaysia, mereka semua sentiasa dalam keadaan yakin malahan mereka sentiasa menyebut untuk berjaya anda harus berkeyakinan yang tinggi. Kita lihat Nur Amalina, lihat sahaja kita sudah tahu bahawa dia seorang yang berkeyakinan tinggi.

Namun bukan semua orang mempunyai keyakinan dalam diri seperti Nur Amalina. Ada sesetengah dari kita mempunyai masalah dalam aspek keyakinan diri. Kebiasaan sindromnya adalah seperti sentiasa takut untuk bercakap di khalayak ramai, selalu dalam keadaan yang ragu-ragu, dan tidak tahu sama ada perkara yang anda lakukan itu betul ataupun salah. Begitu banyak keadaan dan situasi bagaimana anda tidak berkeyakinan. Sebagai contoh, mungkin anda akan rasa kurang yakin ketika membuat pembentangan dalam kelas ataupun dalam sesuatu pertandingan dan yang paling bahaya adalah tidak yakin semasa anda menduduki peperiksaan Jika anda mempunyai sifat yang sebegitu rupa, anda harus ingat bahawa keyakinan boleh dicari dan dipertingkatkan, ia sebenarnya ada dalam diri anda. Walau bagaimana anda kurang berkeyakinan pun akan ada satu ketika atau situasi yang anda rasa penuh berkeyakinan.

Apakah yang membuatkan anda rasa begitu yakin? Cuba anda fikir, disaat apakah anda menjadi berkeyakinan dan apakah faktor yang menyebabkan keyakinan itu tiba-tiba ada. Keyakinan anda mungkin datang atau ada semasa disamping ibu bapa atau orang yang anda kenal rapat mahupun anda sayangi. Ia juga mungkin ada ketika anda berasa selesa seperti dirumah mahupun mungkin bagi sesetengah orang ketika saat dia berseorangan. Namun kebiasaan kayakinan itu ada bila anda mempunyai persediaan yang cukup dan rapi dimana anda percaya yang anda telah pun bersedia.

Jika begitu cara yang mudah untuk menonjolkan keyakinan anda yang terpendam dalam diri adalah mengikut kesesuaian anda dan mengikut situasi yang anda sedang hadapi. Jika anda berasa yakin ketika berada disamping individu tertentu, anda cuma perlu bayangkan bahawa individu tersebut ada bersama anda ketika saat anda berasa kurang yakin. Yang pentingnya anda harus bersedia dalam apa jua yang anda hendak lakukan sama ada perbentangan dalam kelas mahupun menduduki peperiksaan. Persediaan itu yang penting kerana jika anda bersedia anda akan rasa yakin.

Dalam konteks peperiksaan, kita tahu bahawa keyakinan mungkin penentu kecemerlangan anda. Sebagai contoh seorang pelajar yang berkeyakinan dan seorang lagi yang tidak berkeyakinan menduduki peperiksaan yang sama . Pelajar yang berkeyakinan akan menjawab peperiksaan dengan cemerlang kerana dia tahu dia telah bersedia dan persediaan itu cukup memuaskan diri dia. Rasa puas hati akan terserlah kerana persediaan dia yang cukup dan rapi berbaloi apabila dia boleh menjawab soalan yang keluar dalam kertas ujian itu. Dia tidak lagi was-was mahupun gentar untuk menjawab peperiksaan itu kerana keyakinan telah membuatnya menjadi lebih berani. Berbeza pula bagi individu yang kedua dimana dia kurang keyakinan.. Rasa ragu-ragu menyelubungi diri kerana dia tak tahu apa yang dijawabnya dalam peperiksaan itu betul atau tidak. Keputusan nya individu yang berkeyakinan tadi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan manakala seorang lagi mendapat keputusan yang tidak memberansangkan.

Jadi anda harus berkeyakinan semasa menduduki peperiksaan dan untuk memperolehi keyakinan tersebut anda harus , membuat persiapan yang cukup malahan melebihi dari cukup. Jika itu tidak memadai anda bayangkan bahawa kedua-dua ibu bapa anda berada disitu sambil memberi dorongan kepada anda serta anda harus ingat matlamat anda untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sedikit sebanyak dapat membantu anda berasa lebih yakin ketika menjawab peperiksaan tersebut.


Keyakinan boleh dirawat dan juga boleh mendatangkan masalah jika berlebihan atau keyakinan yang terlalu tinggi. Masalah ini dikategorikan dalam sindrom ‘over confidence’ iaitu terlalu yakin. Sindrom ini amat bahaya kerana ada nya sindrom ini ramai pelajar cemerlang kecundang dalam peperiksaan. Biasanya sindrom ini akan membuatkan anda berasa terlalu selesa lalu ketika selesai menjawab soalan peperiksaan anda berasa bahawa anda telah menjawab soalan itu dengan sempurna dan tidak menyemak nya sejurus selesai menjawabnya. Lalu ini menyebabkan anda gagal dalam peperiksaan tersebut. Oleh itu pastikan keyakinan anda dalam keadaan dalam tahap optimun dimana keyakinan anda tidak kurang mahupun lebih.

Read more...

Selesaikan

Anda ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Jadi anda harus bersikap seperti orang cemerlang. Anda harus jadikan diri anda sebagai seorang yang cemerlang. Sebagai contoh anda ingin menjadi seperti seorang artis sudah tentu anda akan berpakaian seperti penyanyi tersebut, mempunyai gaya rambut penyanyi tersebut bahkan perwatakan si artis itu pun mungkin anda akan ikut. Jadi kenapa anda tidak boleh meniru perwatakan seorang pelajar cemerlang jika anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang. Lakukan sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah menyelesaikan semua perkara dengan cara yang tenang.

Mungkin anda akan bertanya apa yang harus anda selesaikan. Kita mulakan dengan perkara yang paling kecil. Anda seorang pelajar yang berada dalam tahun peperiksaan, sudah tentu anda akan mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu dilakukan begitu juga dengan latihan sampingan yang mungkin diberikan oleh guru tuisyen sedangkan anda masih ada banyak lagi subjek untuk diulangkaji. Oleh itu selesaikan semua kerja sekolah anda secara teratur dan secepat yang mungkin. Katakan pada hari isnin anda diberikan 2 kerja sekolah, satu matmatik manakala satu lagi bahasa inggeris. Untuk menyiapkan kerja sekolah anda harus lihat jadual untuk hari esok, subjek apakah yang akan anda pelajari. Sebagai contoh hari selasa anda mempunyai subjek matematik manakala hari rabu seterusnya barulah anda mempunyai subjek bahasa inggeris. Jadi anda harus dahulukan kerja sekolah subjek matematik diikuti subjek bahasa inggeris. Tujuannya adalah agar anda tidak kelam kabut dalam menyiapkan kerja sekolah. Jika anda menyiapkan kerja sekolah subjek bahasa inggeris dahulu, mungkin anda perlu ke kelas tuisyen pada malam tersebut lalu tidak sempat menyiapkan subjek matematik sedangkan pada keesokan harinya anda perlu menghantar subjek matematik. Ini akan membuatklan anda mungkin berjaga malam untuk menyiapkanya ataupun anda langsung dimarahi guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Walau bagaimanapun, jika anda telah selesaikan menyiapkan kerja sekolah matematik anda harus menyegerakan kerja sekolah subjek bahasa inggeris agar tidak tertangguh.

Selain itu anda harus menyelesaikanya dengan bijak. Andai anda mempunyai masa rehat selama 30 minit, anda pergi ke kantin dan makan serta kembali semua ke kelas hanya dalam jangka masa 15 minit. Tentulah masa yang tinggal itu akan jadi sia-sia jikalau anda menggunakannya untuk bercakap mahupun Jadi anda masih mempunyai 15 minit lagi untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sebelum waktu rehat. Masa ketiadaan guru dalam kelas juga boleh digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah mahupun menelaah pelajaran. Sudah tentu ia amat berguna kerana dapat menggunakan masa dengan sebaiknya serta anda dapat meluangkan masa pada waktu malam untuk membuat latih tubi. Jadi and harus bijak mencari kekosongan waktu serta bijak mengambil peluang yang ada kerana itulah perilaku pelajar yang cemerlang.

Disamping menyelesaikan kerja sekolah ada juga perkara lain yang anda boleh selesaikan dan perkara ini biasa berlaku dalam kehidupan manusia. Kadang-kadang anda menghadapi masalah seperti perselisihan faham dengan kawan. Anda harus selesaikan masalah itu dengan cara berbincang dengan kawan anda. Sebaik-baiknya anda meminta maaf dengan rakan anda kerana orang yang bijak akan sentiasa dahulukan diri untuk memohon maaf walaupun bukan dia yang bersalah. Anda juga harus cuba untuk menghindarkan pertenglingkahan yang berlarutan disamping menjadi seorang yang senyap dan penyabar dalam bertikam lidah kerana orang yang bijak tidak akan berdebat untuk perkara yang tidak menguntungkan dan pergaduhan bukanlah menguntungkan. Jika anda tidak dapat menyelesaikan dengan segera, hati dan jiwa anda tidak akan rasa tenteram ketika belajar dan ini akan menganggu anda untuk belajar dengan sempurna bahkan jika ia berlaku menjelang peperiksaan, anda tidak akan tenang menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu mengalah lebih baik.

Read more...

Doa

Doa ialah satu cara untuk meperoleh kejayaan dan memperoleh hajat yang diimpikan. Doa juga merupakan penyelesaian kepada maslah yang rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh kita. Ini adalah kerana sekuat mana kita didunia pasti ada yang lebih kuat lagi dari kita dan sekuat mana orang itu pasti ada lagi yang kuat darinya sampailah ke tahap Maha Kuat iaitu kekuatan Maha Pencipta. Sebab itu kita digalakkan memohon kerana kita hanyalah seorang insan biasa yang lemah yang hanya mampu berusaha dan memohon namun semua bakal ditentukanNya.



Oleh itu setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita haruslah berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang. Kita telah belajar bersungguh-sungguh, pergi tuisyen, membuat banyak latih tubi dan menjawab peperiksaan dengan sebaik yang mungkin. Apa yang perlu kita lakukan selepas itu adalah bertawakal dengan berdoa untuk mengharapkan kejayaan iaitu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Di samping itu kita haruslah berdoa untuk kebaikan iaitu berdoa untuk segala kebaikan bukan sahaja untuk diri kita sendiri bahkan orang yang disekelilingi anda seperti rakan anda, keluarga anda dan tidak lupa juga pada guru anda. Doa yang anda boleh pohon adalah adalah seperti kesihatan yang baik, akal yang cerdas, rezeki yang melimpah ruah dan segala jenis kebaikan. Ini adalah kerana jika anda mendoakan kebaikan untuk orang lain, anda akan mendapat lebih banyak kebaikan.

Anda juga boleh berdoa untuk kebaiikan dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh anda melihat orang buta di tepi jalan, anda boleh mendoakan agar orang itu dikasihi dan selamt dari musibah. Anda melihat orang berjaya, anda boleh mendoakan agar kejayaan dia menjadi contoh kepada anda dan masyarakat setempat untuk berjaya lebih-lebih lagi kejayaan dia dapat meningkatkan taraf ekonomi negara kita. Anda menonton televisyen di rumah, anda melihat didalam berita mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku di negara jiran, anda boleh berdoa agar mereka terselamat dan tidak ada yang maut dalam kejadian itu..

Dengan sentiasa mengamalkan tabiat yang suka mendoakan untuk kebaikkan dapat melahir dan mencetuskan sikap yang berfikiran positif dan suka mengeluarkan tanggapan positif yang akan membantu anda untuk menjadi lebih positif dalam kehidupan. Sebagai contoh anda gagal dalam peperiksaan, lalu anda mengeluarkan tanggapan positif iaitu,” Kegagalan ini hanyalah bersifat sementara, sekali aku gagal bukan beerti aku gagal selamanya bah kan kegagalan ini merupakan titik peringatan untuk aku berusaha dengan lebih gigih”. Jadi anda akan berusaha dengan lebih gigih untuk maju dan akan berdoa untuk mendapat kejayaan yang cemerlang kelak.

Read more...

Amalkan

Amalkan segala ilmu yang diperolehi. Ya itu yang anda perlu lakukan . Seperti pepatah anda berkata, ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah.

Cuba kita bayangkan kita menanam sepohon buah rambutan, dari anak benih hinggalah menjadi sebuah pokok. Dalam proses pokok itu membesar, tiap-tiap hari kita siramkan ia dengan baja lebih-lebih lagi kita memberinya baja. Namun sampai satu ketika dimana pokok rambutan lain membuahkan hasil dimusimnya
pokok yang kita tanam itu tidak mengeluarkan buah-buah. Bukan tahun itu sahaja tetapi berlarutan hingga ke tahun seterusnya sehingga menyemakan halaman rumah anda dengan daun kering yang berguguran.

Bukankah itu satu kerugian bagi anda dari segi tenaga dan masa. Begitu juga belajar, emak anda menghantar kesekolah untuk anda belajar umpama anda menanam benih rambutan itu, kemudian emak and menyirami anda dengan keperluan pembelajaran serta membaja anda dengan menghantar anda ke pusat tuisyen bagi memantapkan pembelajaran anda. Keadaan itu berterusan sehingga anda berjaya memperoleh ijazah namun anda tidak mahu mengamalkan ilmu tersebut. Ia akan menjadi satu kerugian kepada ibu dan bapa anda.

Persoalannya bagaimana anda hendak mengamalkan ilmu yang anda pelajari? . Anda belajar sains di sekolah. Anda boleh apilikasikannya di rumah seperti menggunakan konse
p penyejatan dalam menjamur kain. Begitu juga matematik, anda belajar tambah, tolak, bahagi dan darab. Urusan pembelian anda akan menjadi mudah kerana anda tahu serta anda tidak akan mudah ditipu. Dalam pengapikasikan bahasa inggeris, anda boleh bertutur dalam bahasa antarabangsa bersama semua kaum dari mana-mana negara dalam dunia malahan pula anda dapat membantu pelancong asing yang bertanyakan arah. Itu baru dalam mengamalkan ilmu untuk diri anda.

Ilmu juga boleh diamalkan dalam membantu orang lain lebih-lebih lagi membantu kawan-kawan. Kesemuanya bergantung kepada anda untuk mengamalkannya bagaimana kerana ilmu merupakan senjata yang terhbat bagi orang yang mengetahuinya bahkan ia juga merupakan pentunjuk dalam menyelesaikan masalah.

Read more...

Membuat Jadual


Seorang pelajar yang cemerlang perlu lah dapat mengetahui bahawa kita amatlah bertuah kerana dalam hidup kita, kita mempunyai banyak masa. 24 jam sehari dan tidak ada yang kurang daripada 24 jam walaupun satu saat kerana masa amatlah tepat. Sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi kerana tidak pandai menguruskan masa dan ia adalah umpama kita mensia-siakan perkara yang bernilai. Masa adalah satu perkara yang membantu manusia meningkatkan kemampuan diri dimana hari ini haruslah lebih baik dari semalam dan hari esok haruslah lebih baik dari hari ini. Oleh itu kita haruslah mempunyai jadual yang lengkap untuk menguruskan masa kita dengan teratur.


Sebelum membuat jadual, anda haruslah menganalisis kemampuan dan kekurangan anda serta aktiviti rutin anda. Ini keran, jadual yang berkesan adalah jadual yang mampu dilaksanakan serta memenuhi keperluan anda pelajaran anda tanpa menganggu rutin harian anda. Mua-mula anda haruslah senaraikan kelemahan anda dalam pelajaran mengikut urutan dari yang lemah kepada yang tidak lemah. Semasa membuat jadual, subjek yang anda lemah haruslah diberi lebih penekanan. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek matematik. Anda harus memberi lebih penekanan kepada matematik dalam jadual anda.

Selain itu jangka masa belajar anda haruslah melebihi 2 jam satu hari dan tidak menganggu rutin harian anda. Sebagai contoh, anda perlu ke kelas tambahan dari pukul 2 petang hingga pukul 3.30 petang. Anda boleh membuat jadual belajar anda bermula pukul 4 petang hingga pukul 5 petang Jangka masa pukul 5 hingga 6.30 pula untuk anda beriadah dimana anda keluar bermain untuk menenangkan fikiran. Dan anda boleh sambung belajar dalam 9.30 malam hingga 10.30 malam bagi yang menghadirkan diri untuk ke kelas tusiyen. Bagi yang tidak menghadiri kelas tuisyen, anda boleh mula belajar pada pukul 8 malam hingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, jadual yang anda buat haruslah fleksibel dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contoh, pada pukul 4 merupakan waktu anda belajar namun pada ketika yang sama keluarga anda harus pergi ke majlis kenduri kawan ayah anda. Waktu yang digunakan untuk ke majlis kenduri itu anda boleh menggatikanya di waktu lain seperti ketika waktu guru tiada di kelas mahupun di waktu cuti.

Disamping meningkatkan prestasi dalam pelajaran, jadual juga membantu kita untuk menjadi lebih berdisiplin dalam diri . Anda akan menjadi berdisiplin bukan sahaja di sekolah dan dirumah bah kan ketika anda berada dimana. Sebagai contoh, tiba waktu untuk anda mandi, anda akan bersegera untuk mandi kerana anda tahu selepas itu banyak lagi perkara lain yang perlu dilaksanakan. Tambahan pula, ia adalah cara untuk kita menghargai kepentingan masa yang berharga supaya tidak berlalu sahaja.

Read more...

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP