Berusaha

>> Thursday, June 4, 2009

Sebenarnya untuk berjaya ini bukanlah senang dan bukanlah mustahil. Kerana itulah fitrah alam yang saling berkait rapat. Sebagai contoh, hendak memperolehi diuit bukanlah senang namun hendak menghabiskannya teramatlah mudah. Sebab itu kita perlu berusaha untuk memperoleh kejayaan. Tidak kiralah anda berusaha secara perseoramgan mahupun berkumpulan. Setiap kali anda berusaha anda telah menaiki satu tangga untuk sampai kearah kejayaan. Namun begitu kita tidak akan tahu berapa langkah lagi yang diperlukan untuk sampai ke puncak kejayaan.

Usaha kita haruslah bermula dari awal-awal lagi tidak harus tunggu sehingga sampai detik menjelang peperiksaan .Sebagai contoh ketika berada di dalam kelas. Mula-mula sebelum guru masuk, baca dahulu mengenai tajuk yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Setelah guru masuk kelas, cuba kosongkan minda anda terhadap memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan pembelajaran anda bagi memastikan anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran sedang berlangsung. Selepas itu, ketika proses pembelajaran sedang berlangsung, segera meringankan mulut. Ini tidak bermakna anda boleh bercakap dangan rakan anda mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran anda pada waktu itu. Ringankan mulut anda untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang anda tidak faham. Dengan ini anda dapat membantu diri anda untuk belajar dengan cara berkesan kerana adanya komunikasi di antara guru dengan pelajar.

Disamping itu anda bolehlah belajar dalam kumpulan. Study group juga merupakan usaha untuk berjaya. Belajar secara kumpulan dapat membantu semua anggota kumpulan untuk berjaya kerana adanya kerjasama antara anda dengan rakan-rakan anda. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek Sains belajar dengan rakan anda yang hebat dalam subjek tersebut .Begitulah sebaliknya dalam subjek lain. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan keputusan yang cemerlang bagi anda semua dan ia tidak mungkin juga akan dapat meningkatkan prestasi untuk satu kelas mahupun satu sekolah.

Usaha yang dilakukan pula haruslah dibuat secara berterusan. Kita harus beristiqamah dalam melakukan sesuatu kerana usaha yang berterusan baru dapat membuahkan hasil yang memuaskan hati serta membanggakan kita semua. Jangan bersikap sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jika yang sedemikian anda akan sentiasa berada di takuk yang lama malahan prestasi anda akan menjadi semakin mundur saban hari. Anda harus tanamkan sikap mahukan yang lebih sepertimana anda mahukan wang sudah tentu anda mahu wang anda banyak. Begitu juga usaha anda harus berusaha dengan tekad yang tinggi iaitu sentiasa melipat gandakan usaha anda. Jika hari ini anda berusaha satu kali, anda harus pastikan esok anda berusaha dua kali.

Anda harus ingat, untuk mendapatkan sesuatu yang bermakna memerlukan banyak pergorbanan dan sudah tentu pengorbanan itu memeritkan seperti sebuah ungkapan yang memberi pedoman,” akar bagi sesuatu pembelajaran amatlah pahit rasanya akan tetapi buah yang diperolehi amatlah manis”. Oleh itu usaha amat penting dalam memperolehi keputusan yang cemerlang bagi pelajar bahkan bagi semua yang ingin mencapai sesuatu kejayaan.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP