Mantapkan diri

>> Thursday, June 4, 2009

Mantapkan diri ialah sesuatu asas bagi pelajar cemerlang yang ingin lebih cemerlang , pelajar itu sentiasa merasakan yang dirinya masih belum lengkap walaupun dia merupakan pelajar terbaik.

Namun begitu dalam bahagian memantapkan diri boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang penting. Semestinya setiap daripada aspek itu akan bersifat menyeluruh terhadap keperluan diri kamu Aspek itu adalah seperti memantapkan fizikal kamu, memantapkan emosi kamu, memantapkan akal fikiran kamu serta memantapkan sahsiah kamu yang menjurus kepada akhlak dan budi kamu.

Dalam aspek memantapkan fizikal ia lebih kepada kesihatan tubuh badan dan cara kamu menjaga tubuh badan kamu sama ada diluar mahupun didalam badan. Bagi pelajar yang cemerlang ia sangat penting kerana tubuh badan yang sihat dapat membantu kamu dalam memperoleh ilmu dengan berkesan. Bayangkan anda kesekolah dengan keadaan yang sakit seperti demam dan selsema iaitu penyakit yang kebiasaannya dialami oleh pelajar.

Sudah tentu ia akan menganggu tumpuan anda didalam kelas. Lantaran daripada tumpuan yang tidak sepenuhnya anda tidak memperoleh ilmu yang secukupnya seperti pelajar yang memberi tumpuan yang sepenuhnya. Jadi, pastikan fizikal anda berada dalam keadaan yang mantap dengan memakan makanan yang seimbang, sentiasa bersenam untuk memastikan diri dalam keadaan yang cergas serta melakukan pemeriksaan doktor sekurang-kurang nya dua kali setahun.

Dari aspek emosi pula, pelajar yang mempunyai emosi yang mantap tahu untuk mengawal emosinya. Jika anda seorang pelajar yang cemerlang, tak kan lah anda tiba-tiba marah secara tak menentu dalam kelas anda. Sebab itu pentingnya anda mempunyai emosi yang mantap. Emosi yang mantap adalah iaitu anda tahu bila anda patut rasa marah dan dalam keadaan apa anda harus gembira. Cuba anda fikirkan, anda tiba-tiba gembira dalam majlis pengebumian jenazah. Bukan kah itu pelik. Memang benar kadang-kadang emosi manusia bergantung pada diri manusia itu sendiri. Namun anda harus ingat setiap perkara anda boleh mengawalnya kecuali hidup, mati dan beberapa perkara lain yang diluar kuasa anda. Dalam emosi manusia, musuh yang bahaya adalah panas baran dan yang paling licik adalah kecewa. Ini adalah kerana panas baran ini sukar dikawal, dan cara untuk menundukkanya adalah dengan cara mempunyai kesebaran yang tinggi. Walau sehebat mana anda bijak mahupun terkenal, jika anda seorang panas baran anda tidak akan disanjung orang sekelling anda. Manakala kecewa pula dikatakan licik sebab ia sukar dipulihkan dan ia boleh ke tahap yang teruk sampai melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan. Untuk memulihkan nya anda harus melakukan sesuatu yang memuaskan hati anda, dan itu bergantung pada diri anda, sebagai contoh, anda minat menyanyi untuk melepaskan tekanan dan kekecewaan. Jadi and harus menyanyi dengan sepuas hati agar kekecewaan dan tekanan itu dapat dihilangkan.

Memantapkan akal mungkin kelihatan mudah bagi kita sebagai seorang pelajar. Namun ia bukan semudah yang difikirkan jika caranya tidak kena,. Untuk memantapkan akal anda harus mengisinya dengan ilmu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berguna. Dan anda harus ingat bahawa ada juga perkara yang akan membuat akal kita akan menjadi rosak sepertinya memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah. Yang menariknya akal mahupun otak anda akan berkait saling rapat dengan fizikal anda. Memang sudah biasa kita mendengar bahawa ‘Badan Sihat Otak Cergas”. Sebagaimana cara kita menjaga fizikal begitu juga cara kita menjaga akal kita. Pemakanan yang seimbang dan sihat serta berkualiti amat penting dalam menjaga otak kita. Elakkan merokok dan mengambil alkohol kerana kedua-dua bahan ini akan mendatangkan kerosakkan pada otak dalam jangka masa panjang. Sepertimana fizikal akal juga perlukan rehat, dan caranya mudah iaitu dengan cara beriadah dan elakkan bermain permainan komputer kerana ia merupakan salah satu cara untuk merosakkan akal. Galakkan otak dan akal anda bermain sesuatu yang menguji minda sepertimana sudoku dan catur juga tidak kurang teka silang kata .

Memantapkan diri dalam aspek sahsiah juga saling berkait rapat dengan pemantapan diri dalam aspek yang lain. Dalam memantapkan sahsiah, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan yang penting cara itu mestilah betul. Pertama sekali, anda boleh memantapkan sahsiah melalui berjumpa dengan pakar dalam agama bagi menuntut ilmu agama. Ini adalah kerana, agama merupakan asas kepada sahsiah yang tinggi. Jika anda orang yang beragama islam anda bolehlah pergi menuntut ilmu agama dengan ustaz atau ustazah begitu juga dengan mereka yang menganuti agama yang lain bagi membolehkan mereka mendalami agama. Ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diajar oleh agama boleh membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia.
Dalam konteks pelajar yang cemerlang, memantapkan diri lebih tertumpu kepada rasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Namun ia tidak bermaksud tidak bersyukur dan tamak. Ia lebih kepada walau sehebat , sebijak, mana mahupun sebaik mana pun dia masih berasa bahawa ada lagi yang bijak, hebat dan baik lagi dari dia serta dia akan meletakkan dirinya dalam keadaan merendah diri. Oleh itu dia akan sentiasa usaha bagi memantapkan diri. Sebagai contoh, kita ambil seorang pelajar yang cemerlang yang sentiasa memantapkan diri serta sentiasa memperoleh keputusan ujian yang tinggi. Memang dia bijak namun dia masih merasakan bahawa dia rasa ilmu di dada masih belum cukup, dia akan terus berusaha untuk memenuhi ilmunya. Pelajar itu akan rasa jemu untuk memantapkan diri. Tambahan pula, dia akan dia akan menanam kan sifat “kiasu” , iaitu sifat takut untuk kalah. Dalam konteks belajar dia akan takut mundur dan dikalahkan dalam semua bentuk akademik dan kokurikulum. Dia akan bersaing dengan kumpulan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.

Jika dia sentiasa mantapkan diri, dia akan mendapat satu hasil yang amat memuaskan kerana berbaloi dengan usaha. Malahan dia akan menyemai perangai “perfectionist”, iaitu perangai kesempurnaan. Jika hari ini dia mendapat dua `a`, dia akan berkata dalam dirinya, ini tak boleh jadi, kenapa orang lain mendapat straight `a` sedangkan aku hanya dua tak boleh aku perlu berusaha lagi. Itulah sifat individu yang sentiasa memantapakan diri. Dimana sifat yang akan memacu kepada kecemerlangan.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP