Haluan Yang Betul

>> Thursday, June 4, 2009

Untuk berjaya, kita haruslah mempunyai destinasi yang harus kita tuju sebagaimana sebuah kapal terbang yang bertolak dari KLIA yang ingin pergi ke London perlu melalui laluan yang betul mengikut arah yang telah ditetapkan dalam GPS yang dihantar oleh menara kawalan. Sebagai pelajar, katakan buat masa ini anda ingin memperolehi straight A. Destinasi anda adalah pencapaian seluruh A dalam peperiksaan. Oleh itu anda haruslah memerlukan peta serta peralatan yang lengkap agar anda tidak akan tersesak dari haluan yang sepatutnya anda berada.

Kita mulakan dengan kenderaan untuk anda naiki bagi perjalanan ini. Kenderaan anda adalah niat. Niat merupakan kenderaan yang amat penting dan ia bergatung pada diri anda kerana niatlah dapat memastikan semua tindakan anda yang seterusnya mengikut niat anda. Anda harus tanya diri anda, ”mengapa aku ke sekolah?”. Sudah tentu ramai daripada kita akan menjawab, ”Aku ke sekolah adalah untuk belajar agar aku mendapat keputusan yang cemerlang bagi menggembirakan ibu dan bapa aku serta demi masa depan aku”. Jika itu niat anda, mengapa ketika anda berada disekolah, anda menghabiskan masa dengan sia-sia seperti berbual kosong dengan rakan. Ini jauh disudut hati anda, selain niat untuk belajar, anda mempunyai motif lain. Lantaran itu, segala yang anda lakukan kadang-kadang tidak menjurus ke arah matlamat anda. Pastikan anda berada di dalam kenderaan yang betul.

Perjalanan kita yang perlu kita lalui antaranya ialah belajar, melakukan latih-tubi serta lain-lain usaha. Memang perjalanan yang kita lalui amatlah jauh dan perjalan itu tidak akan habis walaupun kita telah berjaya kerana mendapat straight A adalah baru sub-destinasi dan matlamat lain yang perlu kita capai adalah jauh namun kita harus melaluinya. Sebagaimana monorail melalui setiap terminal. Jadi anda harus belajar untuk bergerak ke arah destinasi anda. Latih-tubi serta usaha yang lain pula merupakan tenaga tambahan yang membantu perjalanan kita. Semakin kuat kita usaha, semakin dekatlah kita dengan terminal straight A kita. Oleh itu jangan jemu berusaha. Semasa belajar pula anda harus menumpukan perhatian yang penuh agar tidak tersilap. Sebagaimana seorang pemandu, tumpuan yang penuh amat penting kerana jika ada gangguan boleh membuatkan anda terbabas atau tersalah jalan. Tidak kuranglah perjalanan kita yang juga ada gangguan seperti ingin bercakap semasa guru mengajar mahupun mengelamun dalam kelas. Namun sebaik-baiknya cuba hindarkan gangguan tersebut agar perjalanan kita menjadi lancar.

Peta, GPS dan kompas pula merupakan pebimbing kepada pemandu untuk sampai ke destinasi semasa perjalanan. Bagi anda pula, peta anda ialah guru-guru, kompas adalah rakan-rakan manakala ibu bapa merupakan GPS. Mereka merupakan penunjuk arah yang terbaik dalam perjalanan menuju kejayaan anda kerana mereka dapat membimbing kita dengan sebaliknya. Bagi pemandu jika malu bertanya sesat jalan, bagi pelajar pula, malu bertanya keraguan menyelubungi. Anda harus rajin bertanya mengenai keraguan anda. Jangan pendamkan gara-gara malu yang tidak bertempat agar tidak menjadi masalah semasa peperiksaan. Ibu bapa pula ialah GPS yang menasihati kita serta mendorong kita agar lebih bersemangat untuk sampai ke destinasi kejayaan. Malahan mereka akan membantu membezakan arah mana perlu dilalui serta arah mana perlu dielak seperti apa yang perlu anda buat serta apa yang anda tidak patut buat., Namun kawan sedikit berbeza kerana kawan ibarat kompas bergantung dimana kita pilih tempat untuk meletaknya. Jika anda letakkan kompas berhampiran dengan besi mahupun dekat dengan magnet, kompas tersebut tidak dapat menunjukkan arah yang betul. Kawan yang baik dapat membantu anda menuju jalan kebaikkan manakala kawan yang kurang baik kurang membantu dalam menuju kejayaan.

Justeru itu, pastikan anda merupakan seorang pemandu yang betul-betul mahu sampai ke destinasi kejayaan yang memiliki kenderaan yang sempurna, peta yang jelas, GPS yang tepat, kompas yang diletakkan di tempat yang betul serta pandai mengharungi perjalanan dimana bijak dalam menghindari gangguan. Dengan itu, anda akan melihat papan tanda destinasi kejayaan menunjukkan bahawa anda hanya berada tidak jauh dari destinasi anda.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP