Amalkan
>> Thursday, June 4, 2009
Amalkan segala ilmu yang diperolehi. Ya itu yang anda perlu lakukan . Seperti pepatah anda berkata, ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah.
Cuba kita bayangkan kita menanam sepohon buah rambutan, dari anak benih hinggalah menjadi sebuah pokok. Dalam proses pokok itu membesar, tiap-tiap hari kita siramkan ia dengan baja lebih-lebih lagi kita memberinya baja. Namun sampai satu ketika dimana pokok rambutan lain membuahkan hasil dimusimnya pokok yang kita tanam itu tidak mengeluarkan buah-buah. Bukan tahun itu sahaja tetapi berlarutan hingga ke tahun seterusnya sehingga menyemakan halaman rumah anda dengan daun kering yang berguguran.
Bukankah itu satu kerugian bagi anda dari segi tenaga dan masa. Begitu juga belajar, emak anda menghantar kesekolah untuk anda belajar umpama anda menanam benih rambutan itu, kemudian emak and menyirami anda dengan keperluan pembelajaran serta membaja anda dengan menghantar anda ke pusat tuisyen bagi memantapkan pembelajaran anda. Keadaan itu berterusan sehingga anda berjaya memperoleh ijazah namun anda tidak mahu mengamalkan ilmu tersebut. Ia akan menjadi satu kerugian kepada ibu dan bapa anda.
Persoalannya bagaimana anda hendak mengamalkan ilmu yang anda pelajari? . Anda belajar sains di sekolah. Anda boleh apilikasikannya di rumah seperti menggunakan konsep penyejatan dalam menjamur kain. Begitu juga matematik, anda belajar tambah, tolak, bahagi dan darab. Urusan pembelian anda akan menjadi mudah kerana anda tahu serta anda tidak akan mudah ditipu. Dalam pengapikasikan bahasa inggeris, anda boleh bertutur dalam bahasa antarabangsa bersama semua kaum dari mana-mana negara dalam dunia malahan pula anda dapat membantu pelancong asing yang bertanyakan arah. Itu baru dalam mengamalkan ilmu untuk diri anda.
Ilmu juga boleh diamalkan dalam membantu orang lain lebih-lebih lagi membantu kawan-kawan. Kesemuanya bergantung kepada anda untuk mengamalkannya bagaimana kerana ilmu merupakan senjata yang terhbat bagi orang yang mengetahuinya bahkan ia juga merupakan pentunjuk dalam menyelesaikan masalah.
0 comments:
Post a Comment