Hulurkan Bantuan

>> Thursday, June 4, 2009

Menghulurkan bantuan adalah salah satu cara untuk kita melatih diri kita menjadi rajin kerana kita tahu untuk berjaya kita haruslah menjadi seorang yang rajin dan kuat berusaha. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menghulurkan bantuan tak kira dalam apa jua bentuk mahupun kepada siapa kita hendak tolong.

Kita mulakan sifat suka membantu itu bermula dari rumah seperti yang kita ketahui setiap seribu batu perjalan bermula selangkah dari rumah. Sebagai contoh bagi golongan perempuan, anda boleh menolong ibu anda ke kedai membeli barangan dapur, menolong ibu menjemur pakaian di ampaian mahupun menolong ibu anda membasuh pinggan di dapur manakala bagi golongan lelaki anda boleh menolong bapa membasuh kereta ataupun membersihkan halaman rumah. Setiap titis peluh yang keluar hasil daripada menolong ibu dan bapa sebenarnya telah mengembirakan hati mereka Sekaligus membuatkan mereka rasa tenang hati untuk mendoakan keberkatan dan kejayaan kita kerana doa kedua ibu dan bapa kita amatlah membantu dalam kejayaan kita kerana merekalah yang telah membesarkan dan menjaga kita sejak dari kecil lagi.

Seterusnya, anda bolehlah menghulurkan bantuan anda kepada rakan-rakan dan guru di sekolah. Cara yang paling mudah ialah dengan melaksanakan setiap arahan guru. Sebagai contoh guru meminta anda agar membersihkan kelas setiap hari mengikut jadual. Jika kita melaksanakan arahan mengikut jadual sebenarnya kita telah pun membantu guru dalam tanggujawabnya memastikan pelajar melaksanakan setiap tanggungjawab terhadap kelas. Tambahan pula, kelas yang bersih dapat menyediakan suasana kondusif untuk kita belajar dan juga untuk guru mencurahkan ilmu. Ini dapat membantu kita dalam memperoleh keputusan yang cemerlang dan juga mendapat pandangan positif dari kalangan guru.

Seterusnya dan yang amat penting bagi kita seorang pelajar ialah membantu rakan-rakan kita. Rakan kita yang juga teman untuk kita belajar di sekolah kadang-kadang amat memerlukan bantuan kita dan tanpa kita sedari juga, kita amat memerlukan bantuan dari mereka. Sebagai contoh bantuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Katakan anda merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang dalam mata pelajaran matematik namun begitu anda merupakan seorang pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu. Anda boleh membantu rakan anda yang lemah dalam subjek matematik disamping anda mencari bantuan daripada rakan anda yang merupakan seorang yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa melayu. Dengan ini anda tidak memperoleh sebarang kerugian bahkan anda dapat bersama-sama dengan rakan anda meningkatkan prestasi dan kecemerlangan anda juga rakan anda

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP