Membuat Jadual

>> Thursday, June 4, 2009


Seorang pelajar yang cemerlang perlu lah dapat mengetahui bahawa kita amatlah bertuah kerana dalam hidup kita, kita mempunyai banyak masa. 24 jam sehari dan tidak ada yang kurang daripada 24 jam walaupun satu saat kerana masa amatlah tepat. Sudah tentu kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi kerana tidak pandai menguruskan masa dan ia adalah umpama kita mensia-siakan perkara yang bernilai. Masa adalah satu perkara yang membantu manusia meningkatkan kemampuan diri dimana hari ini haruslah lebih baik dari semalam dan hari esok haruslah lebih baik dari hari ini. Oleh itu kita haruslah mempunyai jadual yang lengkap untuk menguruskan masa kita dengan teratur.


Sebelum membuat jadual, anda haruslah menganalisis kemampuan dan kekurangan anda serta aktiviti rutin anda. Ini keran, jadual yang berkesan adalah jadual yang mampu dilaksanakan serta memenuhi keperluan anda pelajaran anda tanpa menganggu rutin harian anda. Mua-mula anda haruslah senaraikan kelemahan anda dalam pelajaran mengikut urutan dari yang lemah kepada yang tidak lemah. Semasa membuat jadual, subjek yang anda lemah haruslah diberi lebih penekanan. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek matematik. Anda harus memberi lebih penekanan kepada matematik dalam jadual anda.

Selain itu jangka masa belajar anda haruslah melebihi 2 jam satu hari dan tidak menganggu rutin harian anda. Sebagai contoh, anda perlu ke kelas tambahan dari pukul 2 petang hingga pukul 3.30 petang. Anda boleh membuat jadual belajar anda bermula pukul 4 petang hingga pukul 5 petang Jangka masa pukul 5 hingga 6.30 pula untuk anda beriadah dimana anda keluar bermain untuk menenangkan fikiran. Dan anda boleh sambung belajar dalam 9.30 malam hingga 10.30 malam bagi yang menghadirkan diri untuk ke kelas tusiyen. Bagi yang tidak menghadiri kelas tuisyen, anda boleh mula belajar pada pukul 8 malam hingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, jadual yang anda buat haruslah fleksibel dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebagai contoh, pada pukul 4 merupakan waktu anda belajar namun pada ketika yang sama keluarga anda harus pergi ke majlis kenduri kawan ayah anda. Waktu yang digunakan untuk ke majlis kenduri itu anda boleh menggatikanya di waktu lain seperti ketika waktu guru tiada di kelas mahupun di waktu cuti.

Disamping meningkatkan prestasi dalam pelajaran, jadual juga membantu kita untuk menjadi lebih berdisiplin dalam diri . Anda akan menjadi berdisiplin bukan sahaja di sekolah dan dirumah bah kan ketika anda berada dimana. Sebagai contoh, tiba waktu untuk anda mandi, anda akan bersegera untuk mandi kerana anda tahu selepas itu banyak lagi perkara lain yang perlu dilaksanakan. Tambahan pula, ia adalah cara untuk kita menghargai kepentingan masa yang berharga supaya tidak berlalu sahaja.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP