Hargai Masa

>> Tuesday, March 25, 2008



Hargailah masa. Itulah perkataan yang sering diucapkan oleh guru, ibu, bapa dan orang-orang yang telah berjaya dalam kehiupan. Masa itu umpama pedang yang tajam. Masa adalah paling berharga sesaat berlalu tidak akan kembali lagi. Memulakan hari ini adalah lebih baik dari bermula esok. Orang-orang yang menghargai masa akan memulakan penerokaan kejayaan bermula dari sekarang dan tidak menunggu masa untuk bermula.

Jangan membuang masa, gunakan setiap saat yang anda ada untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Masa perlu diurus dengan baik. Jangan sesekali membazikan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah membaca, menulis, mengira, bersukan, berjogging, memancing, berkelah, mendengar radio, mengemas rumah, menolong ibu di dapur, menolong bapa berkebun, membasuh kereta, menonton televisyen, makan, minum, beribadat, mandi, tidur, mendengar nasihat, mengarang, bersajak, melukis dan sebagainya.

Lakukanlah apa jua perkara yang anda fikirkan ianya baik dan disukai oleh kedua ibubapa ada. Jangan sesekali melakukan perkara yang dimarahi oleh ibubapa anda.. Semua perkara yang baik perlu dilakukan bagi memenuhi masa anda seharian. Sebagai makhluk yang bergelar manusia kita mestilah melakukan apa jua aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang tidak menyalahi undang-undang.

Amalkan cara hidup sihat. Masa kita amat berharga oleh itu jauhkan diri kita dari membuang masa dengan membuat kerja yang tidak berfaedah seperti menyalah guna dadah, mabuk, merokok, lepak, merambu, kutu-rayau dan apa jua aktiviti yang ditegah oleh ibubapa kita.

Dalam sehari setiap orang mendapat masa yang sama iaitu 24 jam. Peruntukan masa ini perlu dihabiskan dengan aktiviti atau ianya habis tanpa sebarang aktiviti. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa yang tinggal ialah masa yang masih ada sebelum tempoh masa berakhir. Contohnya dalam peperiksaan jika dibri 60 minit adalah tempoh masa, Ianya akan berakhir selepas trempoh itu dan tiada tambahan masa lagi bagi menjawab soalan. Jika tinggal dua bulan untuk peperiksaan ianya akan berkurang dari hari ke hari.

Oleh itu adalah penting bagi anda merancang masa agar apa jua aktiviti dapat dilakukan dan menjurus kepada matlamat anda untuk mendapat 100 markah bagi setiap subjek dalam peperiksaan UPSR nanti.

Kejayaan tidak datang seperti debu yang terampai dalam udara, kita, kita dapat bernafas kerana udara sentiasa ada di hadapan hidung. Bayangkanlah jika kita perlu perlu pergi ke suatu tempat untuk bernafas dan menyambung semula kerja umpama penyelam tradisional yang akan timbul ke permukaan untuk bernafas dan menyelam semula untuk menyambung pekerjaan di dasar laut. Oleh itu penyelam yang mempunyai tangki udara adalah menjimatkan masa dan kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih cekap tanpa perlu membuang masa.

Disini, sebagai pelajar kita haruslah menjadikan kebiasaan agar buku sentiasa berada di samping kita sepanjang masa. Apa yang boleh lakukan ialah memiliki sebuah buku nota yang kita perlu namakannya sebagai buku teroka. Apa jua pelajaran atau nota yang berkaitan pembelajaran kita hendaklah dicatat dalam buku teroka, dan buku tersebut hendaklah sentiasa berada dengan kita. Ada saja masa terluang buka buku tersebut atau lakukan aktiviti menulis nota ke dalam buku teroka.

Buku teroka boleh dibuat dengan membahagikan sebuah buku kepada 7 bahagian mengikut subjek yang dipelajari. Sebagai pelajar anda hendaklah menghasilkan sebanyak mungkin buku teroka, ianya akan menjadi ensiklopedia anda sendiri. Anda akan dapati buku teroka amat berguna dan sumber rujukan anda pada bila-bila masa.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP