Selesaikan

>> Thursday, June 4, 2009

Anda ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Jadi anda harus bersikap seperti orang cemerlang. Anda harus jadikan diri anda sebagai seorang yang cemerlang. Sebagai contoh anda ingin menjadi seperti seorang artis sudah tentu anda akan berpakaian seperti penyanyi tersebut, mempunyai gaya rambut penyanyi tersebut bahkan perwatakan si artis itu pun mungkin anda akan ikut. Jadi kenapa anda tidak boleh meniru perwatakan seorang pelajar cemerlang jika anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang. Lakukan sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah menyelesaikan semua perkara dengan cara yang tenang.

Mungkin anda akan bertanya apa yang harus anda selesaikan. Kita mulakan dengan perkara yang paling kecil. Anda seorang pelajar yang berada dalam tahun peperiksaan, sudah tentu anda akan mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu dilakukan begitu juga dengan latihan sampingan yang mungkin diberikan oleh guru tuisyen sedangkan anda masih ada banyak lagi subjek untuk diulangkaji. Oleh itu selesaikan semua kerja sekolah anda secara teratur dan secepat yang mungkin. Katakan pada hari isnin anda diberikan 2 kerja sekolah, satu matmatik manakala satu lagi bahasa inggeris. Untuk menyiapkan kerja sekolah anda harus lihat jadual untuk hari esok, subjek apakah yang akan anda pelajari. Sebagai contoh hari selasa anda mempunyai subjek matematik manakala hari rabu seterusnya barulah anda mempunyai subjek bahasa inggeris. Jadi anda harus dahulukan kerja sekolah subjek matematik diikuti subjek bahasa inggeris. Tujuannya adalah agar anda tidak kelam kabut dalam menyiapkan kerja sekolah. Jika anda menyiapkan kerja sekolah subjek bahasa inggeris dahulu, mungkin anda perlu ke kelas tuisyen pada malam tersebut lalu tidak sempat menyiapkan subjek matematik sedangkan pada keesokan harinya anda perlu menghantar subjek matematik. Ini akan membuatklan anda mungkin berjaga malam untuk menyiapkanya ataupun anda langsung dimarahi guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Walau bagaimanapun, jika anda telah selesaikan menyiapkan kerja sekolah matematik anda harus menyegerakan kerja sekolah subjek bahasa inggeris agar tidak tertangguh.

Selain itu anda harus menyelesaikanya dengan bijak. Andai anda mempunyai masa rehat selama 30 minit, anda pergi ke kantin dan makan serta kembali semua ke kelas hanya dalam jangka masa 15 minit. Tentulah masa yang tinggal itu akan jadi sia-sia jikalau anda menggunakannya untuk bercakap mahupun Jadi anda masih mempunyai 15 minit lagi untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sebelum waktu rehat. Masa ketiadaan guru dalam kelas juga boleh digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah mahupun menelaah pelajaran. Sudah tentu ia amat berguna kerana dapat menggunakan masa dengan sebaiknya serta anda dapat meluangkan masa pada waktu malam untuk membuat latih tubi. Jadi and harus bijak mencari kekosongan waktu serta bijak mengambil peluang yang ada kerana itulah perilaku pelajar yang cemerlang.

Disamping menyelesaikan kerja sekolah ada juga perkara lain yang anda boleh selesaikan dan perkara ini biasa berlaku dalam kehidupan manusia. Kadang-kadang anda menghadapi masalah seperti perselisihan faham dengan kawan. Anda harus selesaikan masalah itu dengan cara berbincang dengan kawan anda. Sebaik-baiknya anda meminta maaf dengan rakan anda kerana orang yang bijak akan sentiasa dahulukan diri untuk memohon maaf walaupun bukan dia yang bersalah. Anda juga harus cuba untuk menghindarkan pertenglingkahan yang berlarutan disamping menjadi seorang yang senyap dan penyabar dalam bertikam lidah kerana orang yang bijak tidak akan berdebat untuk perkara yang tidak menguntungkan dan pergaduhan bukanlah menguntungkan. Jika anda tidak dapat menyelesaikan dengan segera, hati dan jiwa anda tidak akan rasa tenteram ketika belajar dan ini akan menganggu anda untuk belajar dengan sempurna bahkan jika ia berlaku menjelang peperiksaan, anda tidak akan tenang menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu mengalah lebih baik.

0 comments:

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP