17 Tahun..

>> Thursday, October 15, 2009

Tepat jam 12 malam pada 14 hb oktober 1992, (jam 00.00). Telefon bimbit berdering menandakan mesej masuk. Ia datang dari portal kerajaan iaitu dari 15888. Mesej tersebut berbunyi,

SELAMAT HARI LAHIR, Semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia spt anda. Salam Mesra Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia & Sukan.

Ia sebenarnya bukanlah untuk dibanggakan , namun cara yang digunakan pemimpin untuk mendekati rakyat bolehlah dipuji walaupun mesej itu datang dari Portal Kerajaan. Tahniah kepada menteri tersebut kerana mengambil langkah proaktif dan peka terhadap kami.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang pada 17 tahun dahulu berusaha dan bertarung hayat untuk mengeluarkan anak sulungnya yang juga merupakan pengalaman manis dan getir.

Terima kasih kepada abah saya yang selama ini berusaha mencari kepada saya sesuap nasi, tempat tidur yang selesa dan kemudahan akademik.

TERIMA KASIH SEMUA...

Read more...

Persediaan

>> Friday, October 9, 2009

Kepada rakan-rakan, saya sekarang sedang dalam proses mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan SPM. Buat masa ini saya akan berehat dahulu dari posting entry dalam blog. Doakan kejayaan saya dalam SPM.

Read more...

Pesanan Pemimpin

>> Sunday, September 27, 2009



Hari ini saya telah menghadiri satu program akademik bersama Pelajar Cemerlang SPM Negeri Terengganu 2008 di Wisma Darul Iman. Banyak tip-tip menarik yang diperolehi daripada pelajar cemerlang ini dan juga nasihat daripada pemimpin.


Nasihat dari pemimpin:
  1. Jadikan negeri dan negara sebagai landskap pembelajaran yang cemerlang
  2. Hargai pengorbanan guru dan kerajaan yang banyak berkorban
  3. Negeri akan menanggung pembiayaan anak negeri untuk melanjutkan pembelajaran


Nasihat dari pelajar cemerlang ( Lau Jia Cheng dan Khairina Abdullah)
  1. Belajar ikut kesesuaian
  2. Belajar ikut keselesaan
  3. Belajar berdasarkan kualiti bukan kuantiti
  4. Jadikan sesuatu untuk dorongan seperti biasiswa atau belajar di oversea
Nasihat ibu bapa
  1. Capai impian untuk kegembiraan semua
  2. Kejayaan adalah kegembiraan tiada nilainyaJustify Full
  3. 14A1 adalah satu simbol, kecemerlangan adalah berdasarkan kemampuan anda untuk mengatasi kelemahan anda
  4. Saat akhir masih ada peluang untuk kejar, bukannya masa untuk mengalah

Read more...

Persoalan Manusia Malaikat Dan Syaitan

>> Friday, September 25, 2009

Pagi tadi buka emel sekejap, pastu saya terbaca lah emel ini. Saya rasa elok gak kalu share. At least untuk peringatan kita semua. Pape pon, renungkan dan selamat beramal.

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Read more...

Erti Tiri

>> Wednesday, September 23, 2009

Tiri mahupun bukan anak sendiri tiada ertinya dalam silaturahim. Ia bukan lah satu garis sempadan untuk kasih sayang dari emak atau ayah tiri mengalir. Ia hanyalah sekadar nama yang menunjukkan keturunan.

Keasingan daripada perkataan tiri menggambarkan tentang ketidak adilan dan kegeraman. Sebagai contoh cerita bawang merah dan bawang putih. Kita dapat lihat ketidak adilan dari emak tiri yang melayan anak tirinya dengan penuh rasa benci dan 'kekejaman'. Begitu juga yang terdapat dalam cerita Cinderella. Semua nya adalah perjalan yang sama mengenai perspektif anak tiri namun dalam dua cerita berbeza.

Apa yang ingin dilihatkan dalam hidup masyarakat kita adalah mengenai budaya diskriminasi. Diskriminasi adalah layanan yang tidak adil kepada pihak yang lain melalui membeza-bezakan mereka. Samada pembezaan agama, bangsa mahupun gaya hidup mereka.

Disini saya ingin jelaskan bahawa budaya diskriminasi atau 'anak tiri' ini akan menjatuhkan usaha negara untuk menjadikan satu negara berbangsakan Malaysia. Bukan itu sahaja, dalam skala yang kecil, layanan secara anak tiri juga akan menjatuhkan institusi kekeluargaan. Diskriminasi kaum pula akan memporak-perandakan negara.

Untuk itu, kita haruslah melayan mereka dengan layanan yang saksama dan adil. Ibarat menatang minyak yang penuh, jika salah satu berat sebelah, minyak tertumpah. Barulah satu bentuk bangsa yang maju dan aman akan tercipta dan impian satu malaysia terlaksana.

Read more...

Salam Lebaran

>> Sunday, September 20, 2009


Salam kemaafan kepada semua muslimin dan muslimat. Kemaafan dipohon dari hujung rambut ke hujung kaki. Semoga lebaran tahun ini disambut dengan meriah dan penuh kecerian. Tidak kurang juga kepada umat islam di Indonesia, salam lebaran pak, kang, mas, tanter dan omar disana. Semoga lebaran disana seiringan dengan kemeriahan disini. Tidak lupa yang berada di Brunei dan Singapura. Buat umat islam, lebaran ini adalah satu permulaan untuk kita memaafi salah dan silap yang dilakukan orang lain. Oleh itu, ceria selalu. (^_^)

Read more...

Jadi Positif - Pemikiran

>> Saturday, September 19, 2009


Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usaha mu tidak menentu,
Engkaulah apa yang engkau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Engkau BOLEH!!!
Masihkah anda ingat lagu ini?
Meskipun lagu ini telah lama tidak kedengaran di corong-corong radio sebagai pembasah hawa telinga, namun lagu inilah merupakan lagu yang pernah menjadi pembakar semangat warganegara Malaysia khususnya.
Tahukah anda apa mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini???
Mesej utama dalam lagu ini adalah THINK POSITIVELY...
Sedar atau tidak badan kita umpama sebuah sel. Dikawal oleh nucleus. Nucleus kepada badan manusia adalah otak ataupun lebih tepat lagi adalah akal. Sama ada anda bersetuju atau tak, kebanyakan tindakan kita bergerak seiring dengan pemikiran kita.
Kita ambil contoh mengikut situasi..
  • Berfikiran negatif
Katakan peperiksaan anda akan berlangsung dalam masa 3 hari lagi. Anda gementar, bimbang dan takut. Tambahan pula kawan anda memberitahu bahawa bahawa soalan yang mungkin keluar adalah soalan yang susah ( killer question). Anda pun berfikir:
  1. ah~ jatuhlah result aku
  2. matilah aku, macam mana nak bagitau kat parents ni
  3. confirm tidak boleh jawab nanti
  4. pening!!! pasal keluar soalan macam tu...
Hasilnya, bila tiba waktu peperiksaan, anda pergi menjawab dalam keadaan yang tertekan, kelam kabut, gementar dan tidak yakin. Akhirnya keputusan yang keluar adalah teruk.

  • Berfikiran positif
Katakan peperiksaan anda akan berlangsung dalam masa 3 hari lagi. Anda gementar, bimbang dan takut. Tambahan pula kawan anda memberitahu bahawa bahawa soalan yang mungkin keluar adalah soalan yang susah ( killer question). Anda pun berfikir:
  1. ok, rileks.. bukan semuanya aku tidak boleh jawab kan
  2. masih sempat lagi nak revise sikit ni, at least masuk juga sikit dalam kepala
  3. insyaallah, boleh jawab nanti
  4. aku cuba buat soalan senang dahulu
Hasilnya, bila tiba waktu peperiksaan, anda pergi menjawab dalam keadaan yang tenang, tidak gementar dan yakin. Akhirnya keputusan yang keluar adalah setimpal dengan pemikiran anda, sudah tentu keputusan yang keluar adalah lebih baik berbanding dengan keputusan dengan orang yang berfikiran negatif.

Read more...

Perspektif - Justifikasi

>> Friday, September 18, 2009

Impression atau tanggapan seseorang adalah datang dari pandangan. Ada kalanya tanggapan itu tepat. Ada kala tanggapan itu jauh berbeza ibarat langit dan bumi. Hakikatnya, tanggapan adalah datang melalui perspektif kita berfikir samada satu hala atau pelbagai hala. Ia ibarat nasib, jika betul tanggapan kita, ia adalah nasib baik. Jika tidak, ia malang.

Oleh itu, sebagai manusia kita janganlah cepat bersangka buruk atau baik terhadap seseorang. Ini kerana apa yang mata anda nampak adalah luaran. Dalaman nya masih lagi jauh terlindung disebalik badan yang legap dimana tidak boleh ditembusi mata. Namun dalaman yang terlindung itu akan terlihat jikalau kita mengenalinya; betul-betul mengenalinya. Dimana kita mengenalinya dengan dua biji mata. Bukan dengan sebelah mata kanan, sedangkan mata kiri tertutup dan sebaliknya.

Itulah yang berlaku jika kita lihat sebelah mata. Tidak semestinya yang pandai bertaranum dan mengaji itu sempurna dan tidak membuat silap. Tidak mungkin jika dia itu sentiasa betul. Tidak semestinya tahu hukum agama dan tahu ilmu yang mendalam tentang agama membuatkan dia
setaraf dengan wali. Tidak semestinya berpakaian selekeh itu orang miskin. Tidak semestinya bercakap kasar menggambarkan dia bodoh.

Jadi janganlah cepat mentafsir manusia. Sedangkan nabi tidak menghukum manusia dengan mudahnya. Namun kenapa kita tidak mencontohinya. Kenapa kita dengan mudah menghukum mereka. Kenapa kita dengan senang menghina dan mencela.







Bercakap mengenai kata, saya tertarik dengan llirik nasyid yang bertajuk Bicara Kata.

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Ini menunjukan bahawa kita manusia tidak sempurna. KIta memang sesempurna ciptaan kerana kurniaan akal. Namun adakah akal dimanfaatkan. Kita membuat silap tidak bererti kita jahat. Kita nakal tidak bererti kita dajal. Ini semua kerana kita membesar dan melalui pelbagai cara hidup untuk membaiki hidup kita dalam mengenal erti baik dan buruk. Jadi janganlah letak seseorang sabagai pesalah walau dia berada di tempat yang salah.


Mata adakalanya salah melihat,
Mulut adakalanya tersasur bicara,
Lidah pula terkasar bahasa,
Telinga pula, adakalanya tersalah dengar,
Pendapat adakalanya tidak tepat,
Hati...
Justifikasinya tidak pasti..

Maka berbiaklah fitnah duniawi,
wanita dan fasikh,
Seperti yusof dan zulaikha,
seperti mariam
dan bayinya tak berbapa,
Seperti muhammad dan musyrikin,

Kerana fitnah,
Uthman dibunuh,
Runtuh empayar islam,
Jebat durhaka,
Nadim mati sia-sia,

Lalu gemakanlah Al-Falak,
Hakikat milik HAKIKI.

Read more...

The next generation


Zaniff Zakaria, 21, who graduated as the best overall student in Diploma in Environmental Health, said he was planning to study Biology in the United States soon.

"I have always been passionate about the environment," said Zaniff, who has been actively involved in the World Wildlife Foundation and the Malaysian Nature Society for more than 10 years.

Zaniff said his parents helped instil a love for the environment in him from young.

"I started recycling when I was 3 years old," he said.

Janina and Zaniff were among 1,035 graduands who received their diplomas from Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

"-wait 4 the details on the next post-", author

Read more...

Influenza

H1N1 - FLU AND FATAL
DATE: 18 SEPTEMBER 2009


The world has been shocked with another type of influenza. This is not any ordinary influenza nor viruses. It is not the same like Sars in the year 2000. It does not kill birds like bird's flu in the year 2006 to 2007. It is more fierce and more means. It is H1N1.

In the world history, it is said that H1N1 had already attacked human in Beijing. Many human life lost counted and it only stopped when the antiviral was founded. However, the past H1N1 is not a match for the present H1N1. It is never before seen combination of human-swine influenza virus.


The first case of present H1N1 is recorded in Mexico. Surprisingly, not more than a month after that, it has spread through out the globe. It has transmitted from human-to-human through saliva as its medium. Direct exposure with the human that are already infected with the virus which came from swine can also cause others to get infected. Besides, there is also airborne transmission. People who are boarding the same aeroplane with the patient may also get the flu.

According to the experts around the world, the symptoms of the flu are such as runny nose, irregular fever which the temperature is above the normal fever, coughing for more than a weak and nausea. It is advised that the person who gets these symptoms to consult a doctor immediately.

Usually, the doctor will diagnose. If the tendency of the symptoms are more likely to be H1N1, the doctor will order the patient to be quarantined for a week. After that the person who is confirmed infected with the flu will be given either vaccination or antiviral medicines. However, antiviral medicines will only work when there is H1N1. It would not work when the medicines is taken before getting the H1N1.

Prevention is better than cure. To prevent from getting infected by the flu, a person must avoid close contact with an infected person. The best prevention is by covering your nose and mouth with medical mask which only cost Rm 4.50 t0 Rm 7.8o where it is much cheaper than your life. Besides that, you must avoid going to a crowded place like watching concert and going to the night market.

The government has taken several measures to prevent the spreading of the flu. The Ministry Of Health has called the people who just come back from abroad to be examined. Besides that, the vaccine that the government orders will arrive end of this October and the second orders will arrive next January. Posters on the prevention of H1N1 are already distributed throughout whole nation. Since now, there are already 71 deaths that are caused by the flu in Malaysia.

This global pandemic influenza will not stop if there is no prevention. For that, we have to be prepared to face the next wave of this influenza. Scientist have announced that the second wave H1N1 is more dangerous. Until then, we have to be more cautions.

Read more...

Tahniah Malaysia

>> Sunday, September 6, 2009

1Malaysia
“Tembok Kemerdekaan, Benteng Perpaduan, Kubu Kemajuan”
Oleh: Ahmad Syahmi b. Harun
Kemerdekaan adalah ungkapan kebebasan yang memberi seribu rahmat kepada rakyat, seribu berkat kepada negara dan seribu kesyukuran kepada Tunku Abdul Rahman. Di awal hening pagi 31 Ogos 1957, tepat jam 12 malam, terdengar seruan azan oleh seorang remaja, tanda sujud dan syukur pada Illahi bertempat di Padang Hilir Melaka. Azan itu memecah sepi malam yang gelap, memecahkan kebisuan hitam yang menandakan akhirnya keperitan, kesengsaraan dan kepahitan penduduk tanah melayu. Azan yang dilaungkan oleh Hassan b. Asshaari itu kemudian disambuti pula dengan laungan di Stadium Merdeka keesokkan hari nya. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laung Tunku Abdul Rahman, dituruti dengan tangisan kegembiraan para tua, sorakan keriangan para muda dan renungan kemegahan para pejuang.

Kini, 52 tahun kita menikmati manisnya kemerdekaan. Pembangunan yang pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dapat dilihat di mana-mana negeri. Terdampar dari urata hingga selatan adalah Lebuhraya Utara-Selatan, tegak berdiri di ibu kota adalah Menara Berkembar Petronas dan tersegam indah di pusat pentadbiran negara adalah Putrajaya. Dari utara ke selatan, dari barat ke timur, Semuanya disulami dengan nikmat merdeka, ditenun dengan lazatnya bebas. Jelas sekali bahawa merdeka adalah ‘keramat’. Keramat yang harus kita jaga. Keramat yang harus kita simpan. Keramat yang tidak boleh hilang. Ungkapan Bapa Kemerdekaan, “Mendapatkan kemerdekaan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun, mengekalkannya adalah lebih sukar”.

Untuk itu, legasi mengekalkan secangkir kemanisan erti bebas diteruskan oleh yang amat berhormat Datuk Seri Najib b. Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Bangkitnya beliau menggantikan Pak Lah dengan konsep 1Malaysia yang membawa slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan bersiap siaga untuk menganjurkan satu reformasi secara menyeluruh terhadap pembangunan sama ada infrastruktur dan mentaliti rakyat bagi mengukuhkan lagi keutuhan dan kedaulatan bumi bertuah negara berdaulat iaitu Malaysia. Ia adalah satu pembaharuan juga satu mekanisma bagi negara ini mengatasi cabaran dan halangan wawasan 2020. Namun dalam usaha murni ini, ia perlu menempuh pelbagai rintangan samada dalaman mahupun luaran.

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Malaysia sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Di mana dalam mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia, perpaduan adalah kuncinya.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia yang keenam, “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. Untuk itu, beliau telah menyarankan beberapa nilai-nilai penting dalam membentuk gagasan 1Malaysia yang akan memenuhi 2 aspek yang menjadi tonggak 1malaysia iaitu aspek pertama, penerapan nilai perpaduan dan aspek kedua, penerapan nilai aspirasi.'

Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Antara nilai-nilai murni yang akan meningkatkan integriti dalam kalangan masyarakat adalah hormat-menghormati, tawaduk, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Semua ini akan menjadi asas amalan penerimaan perbezaan antara kaum dimana akan meningkatkan toleransi warganegara. Prinsip Kenegaraan seperti rukun negara dan perlembagaan persekutuan akan menjadi pegangan dimana ia secara tidak langsung member jaminan kepada keadilan social di mana tiada kaum yang akan dipinggirkan.

Beralih kepada aspek kedua di mana ia memntingkan kepada peningkatan dan perubahan gaya hidup masayarakat iaitu nilai aspirasi. Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Antara nilai aspirasi tersebut adalah, budaya berprestasi tinggi ,budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi .


Kedua-dua aspek ini akan memastikan kelangsungan nama negara di peta dunia, kekalnya berdiri Menara Kuala Lumpur dan megahnya berkibar Jalur Gemilang. Kemerdekaan yang kita cakapkan bukanya omong kosong. Kemerdekaan yang kita gapai bukannya satu mimpi. Ia adalah khazanah, ia adalah jiwa negara. Selagi perpaduan berterusan dan selagi integriti menjadi asas, tidak akan ada lagi darah tumpah di bumi tercinta menentang penjajah durjana. Itulah 1Malaysia dimana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.



Read more...

The Roles of A Kindergarten Teacher

>> Saturday, August 22, 2009

The root of civilization is knowledge. Therefore to ensure the dream of One Malaysia can be realize, we must give our children with a proper knowledge; and it is start in a kindergarten. The work of giving knowledge in a kindergarten is a very noble job as it is the beginning of studies for the preschool children. That is why the kindergarten teachers play important roles of the mankind development.

There are many responsible that a preschool teacher needs to carry on and one of it is to give children to know the meaning of learning. Maybe many people out there who do not know about the duty of a kindergarten teachers think that we only teach student alphabets and numbers. They are totally wrong. It is because, we do not only teach them in general learning, but we teach them in four major aspects which are physical, emotion, spiritual and intellectual.

As a kindergarten teacher, we need to play our role to increase their intellectual. A kindergarten teacher teaches student from a level to a level. It is a step by step process. First is by teaching a simple learning then moving forward to a complex learning. For example is language subject. A kindergarten teacher usually starts by teaching alphabets. After the children showing their progression, they then will learn how to speak and spell.

In the aspect of physical, the preschool teachers play their role by conducting the children by doing a several outdoor activities. In this controlled outdoor activity, these children will get to know and communicate with each other and also can interact with the world. This helps children to learn how to communicate and be independent. Furthermore, this outdoor activity also helps the student to get a healthy body.

In the other hand, the kindergarten teacher also plays their role to control the kids’ emotion. The children who been pampered by their parents since baby will usually hard for them to separate from their mother even for a few hours. This is why some of the children cry when come to the kindergarten. As a preschool teacher, we have to control the children emotion. We must know how to make them happy. This is because, the kids usually will not learn if their mood in bad mood or in sad condition.

That is why a kindergarten teacher should be a considerate, loving and caring person. They must know how to attract the students and also how to control them. In the kindergarten, we are their mothers and we are their father. This is not an easy job. It is because; all of the kids got their own will and need which are different from each others. It is much more problems when handling a proactive kids and also a naughty kids.

Not forgotten, the role to teach them in the aspect of spiritual. In the home sweet home kindergarten, the children will teach by the teachers to recite the prayers and also to learn praying. They also will learn to read the Quran. This is the role of the preschool teachers to build the kids’ characteristic and personalities.

The teaching in the spiritual actually will help to teach the students the noble values. They will learn to share things and also to tolerate with each other especially when they are playing. However, the roles of the kindergarten teacher just not stop at there. It is something that is indirect.

The role of the preschool teachers is to prepare the kids to become the good source of human for country (modal insan). It is because the preparation is the starting of the student’s journey to gain knowledge and the quest for the students to find their achievement. Then give their contribution to the country.

As the conclusion, the preschool teacher is just not only a kids’ teacher. They are the craftsman for the civilization. They are the person who starts to craft the One Malaysia sculpture. They are one of the civilization creators.

Read more...

Pemikiran Positif

>> Sunday, July 5, 2009

Hidayah milik Allah

Hidayah merupakan petunjuk dari Allah s.w.t ke arah jalan yang lurus yang diberikan Nya kepada mana-mana hamba yang diinginkan Nya. Namun, kita sebagai pengemis rahmat Illahi, peminta kasihNya haruslah beruasah untuk mencari hidayahNya.

Jika dilihat dari aspek seorang pelajar, hidayah Allah boleh diperolehi melalui pelbagai cara. Antaranya:
  1. Menjaga hubungan sesama manusia
  2. Menjaga hubungan dengan Allah
  3. Berusaha menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh
  4. Tabah menghadapi duggan
  5. Pertahankan maruah diri, keluarga, agama dan bangsa
  6. Berdamping dengan alim dan ulama’

Untuk itu juga, sebagai seorang pelajar haruslah lari dari perkara yang melalaikan. Antaranya:
  1. Menghabiskan masa di cyber café untuk bermain game
  2. Berpelesaran pada waktu malam
  3. Menyertai kongsi gelap
  4. Bermain perasaan jiwa

Bercakap mengenai bermain perasaan jiwa, sebagai seorang pelajar, kita haruslah tumpukan dahulu terhadap matlamat utama kita sebagai seorang pelajar yang kita seharusnya berjaya dengan cemerlang dalam akademik. Cinta hanyalah datang dengan sendiri. Ini kerana:
  1. Cinta kerana syaitan berdasarkan sihir dan gunaan
  2. Cinta kerana nafsu berdasarkan rupa paras
  3. CInta monyet berdasarkan kenaifan
  4. Cinta kerana Allah adalah jodoh.

Oleh itu, berbuat baik kepada Semua orang, Namun jangalah terperangkap dengan cinta. Tetapi, janganlah kita melayan mereka seperti musuh. Ini kerana kita mempunyai tanggungjawab sosial.

Read more...

Jadi Positif - Percakapan

>> Thursday, June 25, 2009

Percakapan yang positif membawa kepada ketenangan. Percayakah anda??? Cubalah, anda akan merasai kenikmatan ketenangan jiwa apabila anda bercakap perkara yang positif. entry ini mungkin lebih kurang sama dengan entry saya mengenai Ucapkan Perkataan Yang Baik, namun disini terdapa perbezaan. Disini saya ingin memberi satu contoh berdasarkan pengalaman saya semasa berada di dalam kelas 5 arif, SMK padang midin.

  • Contoh pertama:- Saya BODOH!!!
  1. Saya ada seorang kawan yang merupakan seorang yang kurang pandai (pada pandangan dia sendiri) . Setiap kali saya bercakap dengan dia, dia mesti mengatakan yang dia tu bodoh malah membandingkan dia dengan diri saya. Saya pun menjelaskan keadaan yang sepatutnya dia sedar.
Awak sebenarnya bukan bodoh. Awak bukannya kurang pandai dan awak bukannya seorang yang lembab. Sedar atau tidak, sebenarnya seorang manusia mempunyai potensi untuk menjadi seseorang yang pintar. Ini kerana kita dilahirkan dengan berjuta-juta sel neuron, namun kita tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan kita yang mempunyai berjuta-juta sel neuron itu tadi. Bayangkan potensi kita... Ini semua adalah dalam diri kita. Perlakuan kita. lebih-lebih lagi SIKAP kita. Kebanyakkan orang yang merasakan dirinya bodoh sebenarnya tidak bodoh. Kepada yang rasa dan kata dirinya bodoh, jom kita lihat checklist dibawah untuk menunjukkan apa yang menyebabkan anda kurang dan lemah dalam pembelajaran:-
  • saya mudah putus asa
  • saya malas
  • tak ada mood lah nak study
  • tiada kawan-kawan yang memberi persaingan
  • kawan-kawan saya bukan jenis study
Sekarang dah tahu mengapa anda jadi lemah dalam pembelajaran. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan masalah ini, namun umumnya adalah sebab yang diatas. Jadi... Ucapkan yang positif... Anda patut memanjakan diri anda dengan kata-kata yang positif.. Contohnya:
  • saya akan jadi bijak
  • saya rajin
  • saya cantik
  • saya mampu
  • saya apa kurang hebatnya
  • saya akan jadi lebih hebat dari dia
  • saya mampu jadi macam ~(tokoh, role model anda)
Kadang-kadang, diri anda perlukan penghargaan dari mulut anda. Kata-kata yag positif akan menolong anda untuk bertenang. Dan ia adalah DOA... Jadi, STOP...!! Jangan doakan anda bodoh..

Read more...

Jadi Positif

Jadi Positif.... itulah yang terbaik..

Ia merangkumi semua aspek sama ada dari aspek

  • perbuatan
  • pemikiran
  • percakapan

Ini kerana, perkara yang positif biasanya membawa kepada hasil yang positif..
Kita akan rungkaikan nya satu persatu dalam entry seterusnya

Read more...

Kongsi

>> Monday, June 22, 2009


Kongsilah selagi boleh..
kongsi adalah sesuatu yang murni..

lebih-lebih lagi yang mampu berkongsi kepada tidak..
Bukankah itu indah..

Jadilah orang kaya yang berkongsi harta..

Jadilah orang bahagia berkongsi gembira..

Jadilah orang yang sihat berkongsi tenag
a..
Dan yang penting....

Jadilah orang yang berilmu yang berkongsi ILMU

Read more...

Renungan Bersama

>> Wednesday, June 17, 2009


"Orang yang paling bahagia di sisi Allah adalah orang yang paling banyak melakukan kebaikan dengan tangannya sendiri, yang paling banyak memberikan kebaikan kepada kawan-kawannya, dan paling bersyukur atas semua itu...Alhamdulillah"

Renung-renungkan.. Dan selamat beramal..

'tagline Prof. Izzi'

Read more...

Ucapkan perkataan yang baik

>> Thursday, June 4, 2009

Mengucapkan perkataan yang baik amat perlu untuk seseorang pelajar kerana sebagai seorang pelajar kita harus ingat setiap perkataan yang dilafazkan diibaratkan doa. Bila kita berdoa kita haruslah mendoakan kebaikan sebab itu sebelum mengeluarkan setiap ucapan yang baik. Sebagai contoh saya menyakini saya akan mendapat kesemua `a`.

Selain itu, mengucapkan perkataan yang baik juga penting untuk menjadi pendorong semangat yang positif. Dengan berkata saya boleh dan dapat membantu jiwa, emosi serta mental kita dalam keadaan yang tenang, ini kerana jiwa yang tenang dapat membantu dalam menghadapi peperiksaan dengan berkesan malahan mental dan emosi yang tenang dapat membantu dalam memperoleh ilmu dengan ofiksyen.

Tambahan pula, dalam perhubungan kita seharian dengan komuniti sekeliling dalam menjaga perhubungan tersebut. Lebih-lebih lagi mengucapkan perkataan yang baik dapat juga menjaga perasaan rakan-rakan, guru,guru dan lebih-lebih lagi ibu-bapa. Bayangkan jika kita tidak akan menyebut perkataan yang baik, mereka semua ini boleh berasa tersinggung dan menimbulkan perasaan benci kepada anda.

Read more...

Restu Orang Tua

Apabila kita berbicara mengenai restu tua sudah semestinya kita akan memikirkan mengenai restu kedua ibu bapa kita. Namun sebelum berbincang lebih mendalam mengenai restu orang tua, kita harus faham apa itu restu dan bagaimanakah ia mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Restu merupakan berkat atau keberkatan daripada seseorang terhadap perkara yang kita lakukan yang menyenangi hati dan perasaan mereka. Sebagai contoh menolong orang yang memerlukan. Apabila kita menolong mereka, mereka akan berasa senang hati dan memberi restu kepada kita dengan cara mendoakan kita. Namun doa mereka tidak semestinya dilafazkan di mulut mereka tetapi mereka mendoakan kita di dalam hati mereka seperti, ”semoga kamu berjaya dalam hidup”. Itulah restu.

Restu tidak semestinya hanya terletak kepada kedua orang ibu bapa kita. Ia boleh terletak kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita tidak kira adik-beradik kita, guru-guru, rakan-rakan malahan orang yang kita tidak kenali. Sebab itu, kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang harus menjaga setiap perkara yang kita lakukan terutama kata-kata yang kita lafazkan. Ini kerana tanpa kita sedari, dengan kata-kata dapat menyinggung perasaan manusia, sebab itu kata-kata itu di ibaratkan lebih tajam daripada pedang, kerana dapat menusuk terus ke hati manusia.

Sebagai pelajar, keberkatan amat diperlukan dalam menjamin kecemerlangan kita dalam peperiksaan. Ini kerana walau setinggi gunung pun usaha kita tetapi tiada kerestuan atau keberkatan, kita tidak akan berjaya. Oleh itu, kita harus menjaga hati dan perasaan semo\ua orang walau dengan apa jua sekalipun.
Sebagai seorang anak, kita haruslah menyenangi perasaan ibu dan bapa kita dengan menggembirakan mereka seperti belajar bersungguh-sungguh. Tidak menjatuhkan maruah keluarga sehingga membuatkan mereka kecewa dan juga mengikut segala arahan mereka serta tidak melawan cakap mereka.

Sebagai seorang pelajar pula, untuk menjaga hati dan perasaan seorang guru, kita haruslah menumpukan perhatian yang penuh semasa proses pengajaranya berlangsung. Menunjukkan rasa minat terhadap subjek yang dipelajari. Ini adalah kerana guru akan berasa lebih gembira jika mereka tahu bahawa pelajarnya minat terhadap subjek yang diajarnya serta segera menyiapkan kerja sekolah serta nota yang disuruh buat.
Sebagai seorang rakan pula, anda harulah menjaga perasaan mereka dengan tidak mengumpat di belakang mereka. Jujur dalam persahabatan. Ikhlas berkawan bukan kerana dia kaya ataupun pintar serta seboleh-bolehnya menolong mereka sewaktu mereka menghadapi masalah.

Bagaimana pula kalau kita tidak direstui? Ada diantara kita tertanya. ”Aku setiap hari ke kelas tuisyen, latihan sekolah sentiasa aku siapkan, nota aku habiskan, malam-malam aku study sampai tengah malam tetapi kenapa result aku tak pernah cemerlang?”. Ini adalah sebenarnya mungkin kerana kita telah menyinggung perasaan seseorang tanpa kita sedari. Walaupun orang tersebut hanya tersinggung sedikit, namun kesanya amatlah besar.

Oleh itu, kita haruslah segera memohon maaf kepada semua orang yang kita berbicara terutamanya ditahun kita menghadapi peperiksaan. Walaupun kita rasa kita tidak melakukan kesilapan, namun mereka mungkin tersinggung. Sebab itu, dalam apa jua majlis, pengerusi majlis akan berkata,” maafkan saya jika saya tersilap bicara atau terkasar bahasa, segala kekurangan haraplah dimaafkan”. Ini kerana mereka bimbang menyinggung perasaan. Sebulan sebelum peperiksaan berlangsung, sebaik-baiknya kita memohon maaf dengan semua teruatamanya daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan supaya diri kita akan berasa lebih tenang menjelang peperiksaan.

Read more...

Akhlak Yang Mulia

Seorang pelajar cemerlang yang sempurna haruslah mempunyai dua komponen asas yang dilihat dan dinilai oleh komuniti disekeliling. Perkara itu ialah akademiknya dan akhlaknya. Yang sungguh menariknya, kedua-dua perkara ini amat dinilai oleh masyarakat disekeliling kita dalam menentukan seseorang itu bagus atau tidak.

Katakan anda hanya cemerlang dalam akademik namun disekolah anda merupakan seorang pelajar yang vandalisme ataupun seorang pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah. Cuba anda fikir, apakah tangapan yang akan dilemparkan oleh masyarakat kepada anda. Sudah tentu tanggapan mereka sesuatu tanggapan yang negetif terutama tanggapan dari kalangan guru-guru disekolah. Anda tidak dapat menjadi pelajar yang dapat dicontohi oleh pelajar yang lain kerana akhlak anda tidak sebegitu cemerlang dan mereka akan berasa ragu-ragu untuk mencontohi anda. Jadi, jika kita sebijak manapun, kebijaksanaan itu tidak akan dipandang kerana akhlak yang negatif.
Begitu juga orang yang berakhlak mulia tetapi kurang cemerlang dalam akademik.

Akhlak yang sebaik mana sekalipun tetapi kurangnya pengisian ilmu terhadap diri tidak akan dipandang oleh masyarakat sekeliling. Tambahan pula, dalam berkawan diantara orang yang cemerlang akademik dengan orang yang kurang cemerlang akademik, sudah tentu ramai ingin berkawan dengan orang yang cemerlang akademik. Ini kerana merka sudah tentu ingin menjadi cemerlang seperti orang tersebut. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merupakan seorang yang berakhlak mulia kerana proses mencari ilmu tidaklah sebegitu rumit berbanding proses membetulkan sahsiah dalam diri. “manusia memerlukan masa selama tiga tahun untuk menjadi baik, namun hanya tiga hari sahaja yang diperlukan untuk manusia menjadi seorang yang jahat

Oleh itu kita haruslah memupuk diri kita untuk menjadi lebih bersahsiah dan mempunyai akhlak yang mulia dengan cara mencotohi golongan yang berbudi bahasa serta mempunyai sahsiah yang baik. Kita ikut cara mereka bertutur dan beradab sebagaimana kita meniru artis-artis kedukaan kita. Jadi apa salahnya kita mengikut cara dan gaya orang yang bersahsiah dan berakhlak. Selain itu, kita juga boleh mumupuk sahsiah yang baik dan akhlak yang mulia adalah melalui agama. Ini keran tidak ada agama di atas muka bumi ini yang menyuruh untuk berbuat kejahatan malahan menyuruh penganutnya melakukan kebaikan. Tambahan pula kita haruslah berpegang pada pepatah, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Dalam membuat kebaikan kita haruslah berpada-pada dan kita sebaik-baiknya mengikut segala perbuatan jahat kerana sekali kita melakukan kesilapan dan kita tidak mengambil iktibar daripada kesilapan itu, kita mungkin akan mengulanginya semula.

Justeru itu, dalam menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan boleh dikatakan boleh dicontohi, kita haruslah berusaha untuk mempertingkatkan kedua-dua aspek tersebut. Namun begitu, lebih baik mempunyai salah satu kelebihan dalam kedua-dua aspek tersebut berbanding langsung tidak mempunyai apa-apa.

Read more...

Hulurkan Bantuan

Menghulurkan bantuan adalah salah satu cara untuk kita melatih diri kita menjadi rajin kerana kita tahu untuk berjaya kita haruslah menjadi seorang yang rajin dan kuat berusaha. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menghulurkan bantuan tak kira dalam apa jua bentuk mahupun kepada siapa kita hendak tolong.

Kita mulakan sifat suka membantu itu bermula dari rumah seperti yang kita ketahui setiap seribu batu perjalan bermula selangkah dari rumah. Sebagai contoh bagi golongan perempuan, anda boleh menolong ibu anda ke kedai membeli barangan dapur, menolong ibu menjemur pakaian di ampaian mahupun menolong ibu anda membasuh pinggan di dapur manakala bagi golongan lelaki anda boleh menolong bapa membasuh kereta ataupun membersihkan halaman rumah. Setiap titis peluh yang keluar hasil daripada menolong ibu dan bapa sebenarnya telah mengembirakan hati mereka Sekaligus membuatkan mereka rasa tenang hati untuk mendoakan keberkatan dan kejayaan kita kerana doa kedua ibu dan bapa kita amatlah membantu dalam kejayaan kita kerana merekalah yang telah membesarkan dan menjaga kita sejak dari kecil lagi.

Seterusnya, anda bolehlah menghulurkan bantuan anda kepada rakan-rakan dan guru di sekolah. Cara yang paling mudah ialah dengan melaksanakan setiap arahan guru. Sebagai contoh guru meminta anda agar membersihkan kelas setiap hari mengikut jadual. Jika kita melaksanakan arahan mengikut jadual sebenarnya kita telah pun membantu guru dalam tanggujawabnya memastikan pelajar melaksanakan setiap tanggungjawab terhadap kelas. Tambahan pula, kelas yang bersih dapat menyediakan suasana kondusif untuk kita belajar dan juga untuk guru mencurahkan ilmu. Ini dapat membantu kita dalam memperoleh keputusan yang cemerlang dan juga mendapat pandangan positif dari kalangan guru.

Seterusnya dan yang amat penting bagi kita seorang pelajar ialah membantu rakan-rakan kita. Rakan kita yang juga teman untuk kita belajar di sekolah kadang-kadang amat memerlukan bantuan kita dan tanpa kita sedari juga, kita amat memerlukan bantuan dari mereka. Sebagai contoh bantuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Katakan anda merupakan seorang pelajar yang agak cemerlang dalam mata pelajaran matematik namun begitu anda merupakan seorang pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa melayu. Anda boleh membantu rakan anda yang lemah dalam subjek matematik disamping anda mencari bantuan daripada rakan anda yang merupakan seorang yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa melayu. Dengan ini anda tidak memperoleh sebarang kerugian bahkan anda dapat bersama-sama dengan rakan anda meningkatkan prestasi dan kecemerlangan anda juga rakan anda

Read more...

Nekad

Nekad. Dalam menjadi pelajar yang cemerlang kita haruslah nekad, bermakna anda haruslah berani mengambil tindakan kadar risiko yang rendah serta bergntung kepada kemampuan.

Sebagai contoh dalam situasi seorang budak yang berlari dan ingin melompat longkang yang besar buat kali pertamanya. Dalam dirinya pasti akan timbul rasa takut. Tanpa rasa gentar, dia nekad untuk berlari lalu melompat longkang itu.

Itulah yang pentingnya nekad, dengan adanya nekad, anda dapt mengatasi perasaan takut yang terdapat dalam diri. Namun begitu, kita nekad bergantung pada kemampuan kita sendiri.

Seperti dalam cerita tadi, budak tersebut berjaya melompat melepasi longkang tersebut kerana dia teringat dia pernah melompat dalam jarak sebegitu. Cuba bayangkan jika dia tidak pernah melompat dalam jarak sebegitu, perasaan teragak-agak akan menyelami diri. Walaupun dia nekad sekalipun, dia mesti jatuh ke dalam longkang.

Read more...

Ikhtiar

Ikhtiar bukan ke maksudnya sama dengan berusaha. Tidak ia amat berbeza walaupun seakan sama usaha adalah perkara yang kita lakukan untuk mencapai matlamat manakala ikhtiar pula apa yang kita lakukan selepas berusaha dan bergabtung pada niat serta bersifat individu.

Contoh usaha adalah seperti membaca buku, belajar berkumpulan, membuat latih tubi, dan sebagainya yang berkaitan. Kesemua usaha ini dibuat secara berkumpulan mahupun secara individu. Ikthiar pula sedikit berbeza dengan usaha. Contoh seorang pelari pecut berusaha setiap hari dengan berlatih namun pada hari pertandingan semasa bermulanya detik permulaan, dia akan berikthiar untuk memenangi dalam pertandingan itu. Jelasnya, ikhtiar ini bergantung pada usaha kita.

Bagi pelajar pula, mereka telah berusaha sebaik mungkin sebelum hari peperiksaan. Pelbagai cara telah diambil seperti ? dan bertanyakan guru namun semasa hari peperiksaan seseorang pelajar akan berikhtiar untuk berjaya dan menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Ia dikatakan bersifat individu kerana ikhtiar ini bergantung pada diri masing-masing. Semasa peperiksaan anda tidak boleh membantu rakan anda. Begitu juga dengan pelari pecut tadi, ketika dia berlari dia hanya boleh cuba untuk berjaya.

Read more...

Berusaha

Sebenarnya untuk berjaya ini bukanlah senang dan bukanlah mustahil. Kerana itulah fitrah alam yang saling berkait rapat. Sebagai contoh, hendak memperolehi diuit bukanlah senang namun hendak menghabiskannya teramatlah mudah. Sebab itu kita perlu berusaha untuk memperoleh kejayaan. Tidak kiralah anda berusaha secara perseoramgan mahupun berkumpulan. Setiap kali anda berusaha anda telah menaiki satu tangga untuk sampai kearah kejayaan. Namun begitu kita tidak akan tahu berapa langkah lagi yang diperlukan untuk sampai ke puncak kejayaan.

Usaha kita haruslah bermula dari awal-awal lagi tidak harus tunggu sehingga sampai detik menjelang peperiksaan .Sebagai contoh ketika berada di dalam kelas. Mula-mula sebelum guru masuk, baca dahulu mengenai tajuk yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Setelah guru masuk kelas, cuba kosongkan minda anda terhadap memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan pembelajaran anda bagi memastikan anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran sedang berlangsung. Selepas itu, ketika proses pembelajaran sedang berlangsung, segera meringankan mulut. Ini tidak bermakna anda boleh bercakap dangan rakan anda mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran anda pada waktu itu. Ringankan mulut anda untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang anda tidak faham. Dengan ini anda dapat membantu diri anda untuk belajar dengan cara berkesan kerana adanya komunikasi di antara guru dengan pelajar.

Disamping itu anda bolehlah belajar dalam kumpulan. Study group juga merupakan usaha untuk berjaya. Belajar secara kumpulan dapat membantu semua anggota kumpulan untuk berjaya kerana adanya kerjasama antara anda dengan rakan-rakan anda. Sebagai contoh, anda lemah dalam subjek Sains belajar dengan rakan anda yang hebat dalam subjek tersebut .Begitulah sebaliknya dalam subjek lain. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan keputusan yang cemerlang bagi anda semua dan ia tidak mungkin juga akan dapat meningkatkan prestasi untuk satu kelas mahupun satu sekolah.

Usaha yang dilakukan pula haruslah dibuat secara berterusan. Kita harus beristiqamah dalam melakukan sesuatu kerana usaha yang berterusan baru dapat membuahkan hasil yang memuaskan hati serta membanggakan kita semua. Jangan bersikap sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jika yang sedemikian anda akan sentiasa berada di takuk yang lama malahan prestasi anda akan menjadi semakin mundur saban hari. Anda harus tanamkan sikap mahukan yang lebih sepertimana anda mahukan wang sudah tentu anda mahu wang anda banyak. Begitu juga usaha anda harus berusaha dengan tekad yang tinggi iaitu sentiasa melipat gandakan usaha anda. Jika hari ini anda berusaha satu kali, anda harus pastikan esok anda berusaha dua kali.

Anda harus ingat, untuk mendapatkan sesuatu yang bermakna memerlukan banyak pergorbanan dan sudah tentu pengorbanan itu memeritkan seperti sebuah ungkapan yang memberi pedoman,” akar bagi sesuatu pembelajaran amatlah pahit rasanya akan tetapi buah yang diperolehi amatlah manis”. Oleh itu usaha amat penting dalam memperolehi keputusan yang cemerlang bagi pelajar bahkan bagi semua yang ingin mencapai sesuatu kejayaan.

Read more...

Ideal Yang Bernas


Anda hendak menjadi pelajar yang cemerlang, anda harus tunjukkan sifat yang cemerlang serta mempunyai ciri-ciri pelajar cemerlang. Malahan cara anda berfikirpun haruslah berfikir secara cemerlang. Salah satunya ialah, pelajar cemerlang akan mengluarkan ideal yang bernas.

Ideal yang bernas merupakan ideal yang tercetus hasil dari pembacaan yang mendalam dan secara khusus mengenai sesuatu perkara . Ideal yang bernas juga dicetus hasil daripada kegagalan sesuatu perkara serta hasil dan pengalaman mengenai sesuatu perkara yang dialami. Sebagai contoh, seorang pakar dalm bidang sains pertanian boleh mengeluarkan ideal yang bernas mengenai cara penanaman yang berkesan bagi pertumbuhan tumbuhan adalah mungkin melalui kajian yang mungkin dilakukan olehnya. Hasilnya, dia akan lebih tahu mengenai perkara tersebut lebih mendalam dan itu menjadikan dia seorang pakar yang cemerlang dalam bidang tersebut. Berbeza pula dengan Thomas Eddison seorang pereka cipta yang berjaya mencipta lampu hasil daripada seribu kegagalan. Jika ditanya kepadanya mengenai kegagalannya itu, dia akan menjawab, “kini saya sudah tahu 1000 sebab mengapa lampu tidak menyala”

Bagaimana ideal tersebut dikatakan bernas? Ideal tersebut dianggap bernas apabila ideal yang dinyatakan mahupun pendapat yang dikeluarkan itu dianggap wajar oleh orang yang mendengarnya dan boleh diguna pakai. Sebagai contoh, anda dan rakan-rakan anda berbincang mengenai sesuatu isu dan isu yang dibincangkan itu anda telah memahaminya dan faham serta tahu secara mendalam mengenainya melalui anda pernah membaca mengenainya.

Jadi bagaimana anda ingin memperolehi ideal yang bernas? Apa yang anda harus buat adalah membaca. Pembacaan yang banyak dan efektif dapat membantu dalam penjanaan akal dan minda mencetuskan ideal serta pendapat yang bernas. Ini adalah kerana dengan membaca, tak kira surat khabar, ensiklopedia mahupun majalah kita dapat mendalami sesuatu ilmu itu dengan lebih mendalam sehinggalah kita betul-betul faham akan sesuatu perkara tersebut serta boleh dianggap pakar iaitu apabila anda diajukan soalan mengenainya, anda dapat menjawab serta memberi penjelasan yang wajar mengenainya. Namun begitu, membaca sahaja tidak mencukupi. Ini kerana minda kita cuma dapat mengingati semua maklumat yang diperolehi melalui pembacaan hanya selama dua hari. Apabila masuk hari ketiga, kita akan mula terlupa mengenai maklumat yang dibaca. Sebab itulah setiap pembacaan harus disusuli pula dengan catatan dan juga pengamalan ilmu tersebut.. Ia boleh dilakukan dengan cara yang interaktif seperti peta minda, nota ringkas dan juga kuiz bagi melatih ingatan anda.

Dalam konteks menjadi seorang pelajar yang cemerlang, ideal yang bernas boleh dikeluarkan sewaktu pembelajaran terutama sekali sewaktu pembincangan. Sebagai seorang pelajar yang ingin mengeluarkan pendapat yang wajar dan ideal yang bernas, anda bolehlah meneroka dahulu tajuk-tajuk yang kehadapan dalam buku teks anda terhadap semua tajuk. Dengan ini anda dapt mengetahui serba sedikit mengenai apa yang bakal anda pelajari. Tambahan pula, bagi mengukuhkan pemahaman mengenai tajuk-tajuk tersebut, anda harus membuat rujukan serta sedikit latihan mengenainya agar setiap ilmu yang dapat, anda betul-betul menguasainya.

Read more...

Mantapkan diri

Mantapkan diri ialah sesuatu asas bagi pelajar cemerlang yang ingin lebih cemerlang , pelajar itu sentiasa merasakan yang dirinya masih belum lengkap walaupun dia merupakan pelajar terbaik.

Namun begitu dalam bahagian memantapkan diri boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang penting. Semestinya setiap daripada aspek itu akan bersifat menyeluruh terhadap keperluan diri kamu Aspek itu adalah seperti memantapkan fizikal kamu, memantapkan emosi kamu, memantapkan akal fikiran kamu serta memantapkan sahsiah kamu yang menjurus kepada akhlak dan budi kamu.

Dalam aspek memantapkan fizikal ia lebih kepada kesihatan tubuh badan dan cara kamu menjaga tubuh badan kamu sama ada diluar mahupun didalam badan. Bagi pelajar yang cemerlang ia sangat penting kerana tubuh badan yang sihat dapat membantu kamu dalam memperoleh ilmu dengan berkesan. Bayangkan anda kesekolah dengan keadaan yang sakit seperti demam dan selsema iaitu penyakit yang kebiasaannya dialami oleh pelajar.

Sudah tentu ia akan menganggu tumpuan anda didalam kelas. Lantaran daripada tumpuan yang tidak sepenuhnya anda tidak memperoleh ilmu yang secukupnya seperti pelajar yang memberi tumpuan yang sepenuhnya. Jadi, pastikan fizikal anda berada dalam keadaan yang mantap dengan memakan makanan yang seimbang, sentiasa bersenam untuk memastikan diri dalam keadaan yang cergas serta melakukan pemeriksaan doktor sekurang-kurang nya dua kali setahun.

Dari aspek emosi pula, pelajar yang mempunyai emosi yang mantap tahu untuk mengawal emosinya. Jika anda seorang pelajar yang cemerlang, tak kan lah anda tiba-tiba marah secara tak menentu dalam kelas anda. Sebab itu pentingnya anda mempunyai emosi yang mantap. Emosi yang mantap adalah iaitu anda tahu bila anda patut rasa marah dan dalam keadaan apa anda harus gembira. Cuba anda fikirkan, anda tiba-tiba gembira dalam majlis pengebumian jenazah. Bukan kah itu pelik. Memang benar kadang-kadang emosi manusia bergantung pada diri manusia itu sendiri. Namun anda harus ingat setiap perkara anda boleh mengawalnya kecuali hidup, mati dan beberapa perkara lain yang diluar kuasa anda. Dalam emosi manusia, musuh yang bahaya adalah panas baran dan yang paling licik adalah kecewa. Ini adalah kerana panas baran ini sukar dikawal, dan cara untuk menundukkanya adalah dengan cara mempunyai kesebaran yang tinggi. Walau sehebat mana anda bijak mahupun terkenal, jika anda seorang panas baran anda tidak akan disanjung orang sekelling anda. Manakala kecewa pula dikatakan licik sebab ia sukar dipulihkan dan ia boleh ke tahap yang teruk sampai melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan. Untuk memulihkan nya anda harus melakukan sesuatu yang memuaskan hati anda, dan itu bergantung pada diri anda, sebagai contoh, anda minat menyanyi untuk melepaskan tekanan dan kekecewaan. Jadi and harus menyanyi dengan sepuas hati agar kekecewaan dan tekanan itu dapat dihilangkan.

Memantapkan akal mungkin kelihatan mudah bagi kita sebagai seorang pelajar. Namun ia bukan semudah yang difikirkan jika caranya tidak kena,. Untuk memantapkan akal anda harus mengisinya dengan ilmu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berguna. Dan anda harus ingat bahawa ada juga perkara yang akan membuat akal kita akan menjadi rosak sepertinya memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah. Yang menariknya akal mahupun otak anda akan berkait saling rapat dengan fizikal anda. Memang sudah biasa kita mendengar bahawa ‘Badan Sihat Otak Cergas”. Sebagaimana cara kita menjaga fizikal begitu juga cara kita menjaga akal kita. Pemakanan yang seimbang dan sihat serta berkualiti amat penting dalam menjaga otak kita. Elakkan merokok dan mengambil alkohol kerana kedua-dua bahan ini akan mendatangkan kerosakkan pada otak dalam jangka masa panjang. Sepertimana fizikal akal juga perlukan rehat, dan caranya mudah iaitu dengan cara beriadah dan elakkan bermain permainan komputer kerana ia merupakan salah satu cara untuk merosakkan akal. Galakkan otak dan akal anda bermain sesuatu yang menguji minda sepertimana sudoku dan catur juga tidak kurang teka silang kata .

Memantapkan diri dalam aspek sahsiah juga saling berkait rapat dengan pemantapan diri dalam aspek yang lain. Dalam memantapkan sahsiah, ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan yang penting cara itu mestilah betul. Pertama sekali, anda boleh memantapkan sahsiah melalui berjumpa dengan pakar dalam agama bagi menuntut ilmu agama. Ini adalah kerana, agama merupakan asas kepada sahsiah yang tinggi. Jika anda orang yang beragama islam anda bolehlah pergi menuntut ilmu agama dengan ustaz atau ustazah begitu juga dengan mereka yang menganuti agama yang lain bagi membolehkan mereka mendalami agama. Ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diajar oleh agama boleh membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia.
Dalam konteks pelajar yang cemerlang, memantapkan diri lebih tertumpu kepada rasa tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Namun ia tidak bermaksud tidak bersyukur dan tamak. Ia lebih kepada walau sehebat , sebijak, mana mahupun sebaik mana pun dia masih berasa bahawa ada lagi yang bijak, hebat dan baik lagi dari dia serta dia akan meletakkan dirinya dalam keadaan merendah diri. Oleh itu dia akan sentiasa usaha bagi memantapkan diri. Sebagai contoh, kita ambil seorang pelajar yang cemerlang yang sentiasa memantapkan diri serta sentiasa memperoleh keputusan ujian yang tinggi. Memang dia bijak namun dia masih merasakan bahawa dia rasa ilmu di dada masih belum cukup, dia akan terus berusaha untuk memenuhi ilmunya. Pelajar itu akan rasa jemu untuk memantapkan diri. Tambahan pula, dia akan dia akan menanam kan sifat “kiasu” , iaitu sifat takut untuk kalah. Dalam konteks belajar dia akan takut mundur dan dikalahkan dalam semua bentuk akademik dan kokurikulum. Dia akan bersaing dengan kumpulan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.

Jika dia sentiasa mantapkan diri, dia akan mendapat satu hasil yang amat memuaskan kerana berbaloi dengan usaha. Malahan dia akan menyemai perangai “perfectionist”, iaitu perangai kesempurnaan. Jika hari ini dia mendapat dua `a`, dia akan berkata dalam dirinya, ini tak boleh jadi, kenapa orang lain mendapat straight `a` sedangkan aku hanya dua tak boleh aku perlu berusaha lagi. Itulah sifat individu yang sentiasa memantapakan diri. Dimana sifat yang akan memacu kepada kecemerlangan.

Read more...

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP