Tahniah Malaysia
>> Sunday, September 6, 2009
1Malaysia
“Tembok Kemerdekaan, Benteng Perpaduan, Kubu Kemajuan”
Oleh: Ahmad Syahmi b. Harun
Oleh: Ahmad Syahmi b. Harun
Kemerdekaan adalah ungkapan kebebasan yang memberi seribu rahmat kepada rakyat, seribu berkat kepada negara dan seribu kesyukuran kepada Tunku Abdul Rahman. Di awal hening pagi 31 Ogos 1957, tepat jam 12 malam, terdengar seruan azan oleh seorang remaja, tanda sujud dan syukur pada Illahi bertempat di Padang Hilir Melaka. Azan itu memecah sepi malam yang gelap, memecahkan kebisuan hitam yang menandakan akhirnya keperitan, kesengsaraan dan kepahitan penduduk tanah melayu. Azan yang dilaungkan oleh Hassan b. Asshaari itu kemudian disambuti pula dengan laungan di Stadium Merdeka keesokkan hari nya. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laung Tunku Abdul Rahman, dituruti dengan tangisan kegembiraan para tua, sorakan keriangan para muda dan renungan kemegahan para pejuang.
Kini, 52 tahun kita menikmati manisnya kemerdekaan. Pembangunan yang pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dapat dilihat di mana-mana negeri. Terdampar dari urata hingga selatan adalah Lebuhraya Utara-Selatan, tegak berdiri di ibu kota adalah Menara Berkembar Petronas dan tersegam indah di pusat pentadbiran negara adalah Putrajaya. Dari utara ke selatan, dari barat ke timur, Semuanya disulami dengan nikmat merdeka, ditenun dengan lazatnya bebas. Jelas sekali bahawa merdeka adalah ‘keramat’. Keramat yang harus kita jaga. Keramat yang harus kita simpan. Keramat yang tidak boleh hilang. Ungkapan Bapa Kemerdekaan, “Mendapatkan kemerdekaan bukanlah sesuatu yang sukar. Namun, mengekalkannya adalah lebih sukar”.
Untuk itu, legasi mengekalkan secangkir kemanisan erti bebas diteruskan oleh yang amat berhormat Datuk Seri Najib b. Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Bangkitnya beliau menggantikan Pak Lah dengan konsep 1Malaysia yang membawa slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan bersiap siaga untuk menganjurkan satu reformasi secara menyeluruh terhadap pembangunan sama ada infrastruktur dan mentaliti rakyat bagi mengukuhkan lagi keutuhan dan kedaulatan bumi bertuah negara berdaulat iaitu Malaysia. Ia adalah satu pembaharuan juga satu mekanisma bagi negara ini mengatasi cabaran dan halangan wawasan 2020. Namun dalam usaha murni ini, ia perlu menempuh pelbagai rintangan samada dalaman mahupun luaran.
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Malaysia sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Di mana dalam mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia, perpaduan adalah kuncinya.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menurut Perdana Menteri Malaysia yang keenam, “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. Untuk itu, beliau telah menyarankan beberapa nilai-nilai penting dalam membentuk gagasan 1Malaysia yang akan memenuhi 2 aspek yang menjadi tonggak 1malaysia iaitu aspek pertama, penerapan nilai perpaduan dan aspek kedua, penerapan nilai aspirasi.'
Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Antara nilai-nilai murni yang akan meningkatkan integriti dalam kalangan masyarakat adalah hormat-menghormati, tawaduk, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Semua ini akan menjadi asas amalan penerimaan perbezaan antara kaum dimana akan meningkatkan toleransi warganegara. Prinsip Kenegaraan seperti rukun negara dan perlembagaan persekutuan akan menjadi pegangan dimana ia secara tidak langsung member jaminan kepada keadilan social di mana tiada kaum yang akan dipinggirkan.
Beralih kepada aspek kedua di mana ia memntingkan kepada peningkatan dan perubahan gaya hidup masayarakat iaitu nilai aspirasi. Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Antara nilai aspirasi tersebut adalah, budaya berprestasi tinggi ,budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi .
Kedua-dua aspek ini akan memastikan kelangsungan nama negara di peta dunia, kekalnya berdiri Menara Kuala Lumpur dan megahnya berkibar Jalur Gemilang. Kemerdekaan yang kita cakapkan bukanya omong kosong. Kemerdekaan yang kita gapai bukannya satu mimpi. Ia adalah khazanah, ia adalah jiwa negara. Selagi perpaduan berterusan dan selagi integriti menjadi asas, tidak akan ada lagi darah tumpah di bumi tercinta menentang penjajah durjana. Itulah 1Malaysia dimana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

0 comments:
Post a Comment