Perspektif - Justifikasi

>> Friday, September 18, 2009

Impression atau tanggapan seseorang adalah datang dari pandangan. Ada kalanya tanggapan itu tepat. Ada kala tanggapan itu jauh berbeza ibarat langit dan bumi. Hakikatnya, tanggapan adalah datang melalui perspektif kita berfikir samada satu hala atau pelbagai hala. Ia ibarat nasib, jika betul tanggapan kita, ia adalah nasib baik. Jika tidak, ia malang.

Oleh itu, sebagai manusia kita janganlah cepat bersangka buruk atau baik terhadap seseorang. Ini kerana apa yang mata anda nampak adalah luaran. Dalaman nya masih lagi jauh terlindung disebalik badan yang legap dimana tidak boleh ditembusi mata. Namun dalaman yang terlindung itu akan terlihat jikalau kita mengenalinya; betul-betul mengenalinya. Dimana kita mengenalinya dengan dua biji mata. Bukan dengan sebelah mata kanan, sedangkan mata kiri tertutup dan sebaliknya.

Itulah yang berlaku jika kita lihat sebelah mata. Tidak semestinya yang pandai bertaranum dan mengaji itu sempurna dan tidak membuat silap. Tidak mungkin jika dia itu sentiasa betul. Tidak semestinya tahu hukum agama dan tahu ilmu yang mendalam tentang agama membuatkan dia
setaraf dengan wali. Tidak semestinya berpakaian selekeh itu orang miskin. Tidak semestinya bercakap kasar menggambarkan dia bodoh.

Jadi janganlah cepat mentafsir manusia. Sedangkan nabi tidak menghukum manusia dengan mudahnya. Namun kenapa kita tidak mencontohinya. Kenapa kita dengan mudah menghukum mereka. Kenapa kita dengan senang menghina dan mencela.







Bercakap mengenai kata, saya tertarik dengan llirik nasyid yang bertajuk Bicara Kata.

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Ini menunjukan bahawa kita manusia tidak sempurna. KIta memang sesempurna ciptaan kerana kurniaan akal. Namun adakah akal dimanfaatkan. Kita membuat silap tidak bererti kita jahat. Kita nakal tidak bererti kita dajal. Ini semua kerana kita membesar dan melalui pelbagai cara hidup untuk membaiki hidup kita dalam mengenal erti baik dan buruk. Jadi janganlah letak seseorang sabagai pesalah walau dia berada di tempat yang salah.


Mata adakalanya salah melihat,
Mulut adakalanya tersasur bicara,
Lidah pula terkasar bahasa,
Telinga pula, adakalanya tersalah dengar,
Pendapat adakalanya tidak tepat,
Hati...
Justifikasinya tidak pasti..

Maka berbiaklah fitnah duniawi,
wanita dan fasikh,
Seperti yusof dan zulaikha,
seperti mariam
dan bayinya tak berbapa,
Seperti muhammad dan musyrikin,

Kerana fitnah,
Uthman dibunuh,
Runtuh empayar islam,
Jebat durhaka,
Nadim mati sia-sia,

Lalu gemakanlah Al-Falak,
Hakikat milik HAKIKI.

2 comments:

woodybudi September 19, 2009 at 10:31 AM  

tulisan anda sangat dalam dan menyentuh...keep posting :)

woodybudi September 19, 2009 at 10:32 AM  

tulisan anda sangat dalm dan menyentuh...keep moving

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP