Result Syahmi

>> Monday, April 5, 2010



Maaflah lambat posting.
Pertama, sibuk dengan urusan biasiswa JPA.
Kedua, sedih baru hilang.
Apa-apa pun, syukur pada allah yang tidak lekang memberi rahmat dan rezeki.

Ibu, abah... Ini hadiah dari anakmu. Maaf kerana tidak dapat penuh.

Read more...

11 MARCH- Result Announced

>> Friday, February 26, 2010

A very good afternoon,
I'm hereby as a former SPM candidate,
Announced, the SPM's Result (09) will be released this March 11.
For all parents and teacher,
please pray 4 our success.

And to all Former SPM 09's candidates,
let us together praying and hoping that the success is ours...

Read more...

STPM esok..

>> Tuesday, February 23, 2010

Kepada senpai senpai saya..
Budak2 tingkatan enam tahun lepas..
Good lUck untuk esok..
Apa apa pun result yg abg2 dan kakak dapat,
itu adalah yang terbaik untuk anda..
Best Wish from me, all the best..

Read more...

Adois.... AdesSs..

>> Monday, February 22, 2010

Tidak..
Kenapa ni..
Sejuk.. Muka macam melayu tulen pown dah jadi mat Salleh
Pasal bulu meremang ni..
Kenapa ni..
apa terjadi..


Wess.. Inilah sindrom yang aku alami semalam..
Tetiba dan tak pasal-pasal jd mcm ni??
Tak adalah..
Ini semua kerana keputusan dah hampir..
Keputusan SPM ku..
T.T ( takut plus berdebar )


Apa-apa pun..
Harap-harap usaha berbaloi juga lah..
Hmmm.
Tengok je lah

Ya tuhan..
tolong aku..

Kawan-kawan yang baik pun..
tolong doakan juga lah

Read more...

Malam Pertama

>> Sunday, February 14, 2010

Ini antara satu lagi post yang saya tertarik di laman facebook saya. Tapi tak salah kalau kita berkongsi.

"Malam Pertama Kita"

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke pe
raduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan
isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai
sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digoso
k dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...


Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...
jarang oran
g memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan
. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersand
ing sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian s
ebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan li

ang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pen
gantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang in
dah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..


Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


Read more...

Nilai Antara Yang Dicinta dan Yang 'TerCinta'

>> Saturday, January 23, 2010



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Kepada ibu, thanks untuk segala pengorbanan ibu selama ini. Mahupun kata-kata ini tidak cukup untuk dibandingkan dengan jasa ibu yang bukan sekadar memasak didapur.~ Ikhlas daripada anakmu

Read more...

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

>> Friday, January 15, 2010

Langkah-​langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini
ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan,
akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang
keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong?
Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya
merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya.
Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang
yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.


2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan
dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada
orang tersilap atau tersalah.

3.. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang
yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala
dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya,
dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status
atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level
dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka
dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya.
Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk
sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka
meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada
yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil
perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah
untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak
prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut
cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap
dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain
bercakap.. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong
percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan
keras terhadap pengikut-​pengikutnya atau orang bawahannya.
Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada
perikemanusiaan​.​ Kalau dia menjadi pengikut, susah pula
untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.


9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap
dengannya. Bahkan ditengking-​tengking,​ diherdik,
dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta
maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.
Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11.. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi
dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang
lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila
orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara
halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana
perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat,
memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai
pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-​angkat diri atau menceritakan kelebihan
diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan
orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada
makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan
yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok
dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian
yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang
yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada
memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan
diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan
suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhenta​k
kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang
lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut
dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu
orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-​kelebihan orang lain kerana
takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-​kesalahan orang lain dibesar-​besarkan sedangkan
kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat
tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang
menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang
lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau
menyebut kelebihan-​kelebihan orang lain di hadapannya.
Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa
bangga dan senang hati..

Read more...

Apple Up The Tree

>> Thursday, January 14, 2010

Ada seorang budak; seorang pengembara yang sudah lama berkelana, berjalan melalui sebuah lereng bukit. Di kehijauan itu, perutnya sudah mula membunyikan keroncong malam sabtu. Dia meneruskan perjalanan untuk mencari alas perut.

Read more...

Morning Blogspot


Good morning...
Ha? Selamat pagi... ???

Selamat pagilah, lama dah blog ini tak bangun dengan posting yang baru. Maaflah semua. Lepas exam saya sedikit sibuk dengan ambil lesen dan juga melancong. Apa-apa pun, blog mesti diteruskan juga. Demi blogger union.

Cakap pasal exam, saya nak kongsi juga lah tentang pengalaman ambil SPM tahun 2009. Alhamdulillah, syukur pada Illahi, tuhan sekalian alam, saya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar. Ini mungkin juga berkat doa kawan-kawan blogger. Setelah mengalami dengan sendiri pengalaman ambil peperiksaan ini baru saya tahu erti belajar dan nikmatnya belajar.

Sebenarnya, kesukaran SPM ( tidak kira lah kertas exam mana pun ) terletak pada permainan minda. ~state of mind~ Sebelum peperiksaan, memang jiwa rasa gelabah dan gementar. Tambahan pula, exam ini merupakan detik PERMULAAN terhadap perjalanan masa depan. Sampaikan diri ini mengalami 'examhall'phobia, takut untuk masuk dewan peperiksaan.

Namun, selepas hari pertama selesai, diri menjadi bersemangat untuk menghabiskan peperiksaan. Tidak tahulah samada kerana rasa exam tu penting atau mungkin juga kerana fikir nak habiskan zaman sekolah menengah dengan cepat. Semasa pertengahan musim peperiksaan, alhamdulillah, saya dapat jawab dengan tenang. Saya dapati dan amati, semua orang di sekeliling saya, dalan dewan itu, mahupun sekolah lain tidak berasa gentar lagi akan SPM.



Setelah selesai paper last SPM (lupa dah, samada kimia mahupun fizik paper3), satu kelas bersorak gembira dengan mengulangi detik bersejarah di padang hilir melaka tetapi dengan situasi tempat berbeza......; laungan merdeka kedengaran memecah tawa gembira semua orang disana. Lantas laungan itu bertautan dengan sabutan laungan itu.

Selepas beberapa hari, saya sedang kemaskan semua kertas peperiksaan SPM 2009. Di saat itu saya meneliti semula soalan peperiksaan itu, Anehnya, soalan yang saya rasa sukar semasa menjawabnya dihari peperiksaan rupanya soalan yang saya sering lakukan semasa latihan. Tersenyum sendirian menatap kertas itu, saya sedar bahawa kesukaran SPM sebenarnya dikawal oleh minda kita yang takut pada saat exam. Apabila exam dah tamat dan minda sudah bebas dari tekanan, baru kita sedari senangnya soalan itu.

Dengan ini saya ingin berterima kasih kepada:

  1. my mom ~yang sanggup cuti demi tunggu saya tamatkan exam untuk semua kertas
  2. abah
  3. tok dan tok ki yang buat surprise dengan buat doa selamat serta baca yassin untuk saya dengan orang kampung. Yang teperanjatnya, saya tak tahu pun itu untuk saya sehinggalah pak imam panggil.
  4. guru yang berjuang bersama-sama
  5. kawan-kawan terutama yang asyik kena sahaja oleh saya semasa exam dan banyak terima gangguan dari saya ~terutama yg angka giliran TA013A031 .:sorry kalau terima gangguan yang tidak sepatutnya. :D, junior2 n sesape yang tolong gak..
  6. dan tidak lupa, kepada kawan-kawan blogger yang bagi support.
Thank you All....

Read more...

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP