Morning Blogspot
>> Thursday, January 14, 2010
Good morning...
Ha? Selamat pagi... ???
Selamat pagilah, lama dah blog ini tak bangun dengan posting yang baru. Maaflah semua. Lepas exam saya sedikit sibuk dengan ambil lesen dan juga melancong. Apa-apa pun, blog mesti diteruskan juga. Demi blogger union.
Cakap pasal exam, saya nak kongsi juga lah tentang pengalaman ambil SPM tahun 2009. Alhamdulillah, syukur pada Illahi, tuhan sekalian alam, saya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan lancar. Ini mungkin juga berkat doa kawan-kawan blogger. Setelah mengalami dengan sendiri pengalaman ambil peperiksaan ini baru saya tahu erti belajar dan nikmatnya belajar.
Sebenarnya, kesukaran SPM ( tidak kira lah kertas exam mana pun ) terletak pada permainan minda. ~state of mind~ Sebelum peperiksaan, memang jiwa rasa gelabah dan gementar. Tambahan pula, exam ini merupakan detik PERMULAAN terhadap perjalanan masa depan. Sampaikan diri ini mengalami 'examhall'phobia, takut untuk masuk dewan peperiksaan.
Namun, selepas hari pertama selesai, diri menjadi bersemangat untuk menghabiskan peperiksaan. Tidak tahulah samada kerana rasa exam tu penting atau mungkin juga kerana fikir nak habiskan zaman sekolah menengah dengan cepat. Semasa pertengahan musim peperiksaan, alhamdulillah, saya dapat jawab dengan tenang. Saya dapati dan amati, semua orang di sekeliling saya, dalan dewan itu, mahupun sekolah lain tidak berasa gentar lagi akan SPM.
Setelah selesai paper last SPM (lupa dah, samada kimia mahupun fizik paper3), satu kelas bersorak gembira dengan mengulangi detik bersejarah di padang hilir melaka tetapi dengan situasi tempat berbeza......; laungan merdeka kedengaran memecah tawa gembira semua orang disana. Lantas laungan itu bertautan dengan sabutan laungan itu.
Selepas beberapa hari, saya sedang kemaskan semua kertas peperiksaan SPM 2009. Di saat itu saya meneliti semula soalan peperiksaan itu, Anehnya, soalan yang saya rasa sukar semasa menjawabnya dihari peperiksaan rupanya soalan yang saya sering lakukan semasa latihan. Tersenyum sendirian menatap kertas itu, saya sedar bahawa kesukaran SPM sebenarnya dikawal oleh minda kita yang takut pada saat exam. Apabila exam dah tamat dan minda sudah bebas dari tekanan, baru kita sedari senangnya soalan itu.
Dengan ini saya ingin berterima kasih kepada:
- my mom ~yang sanggup cuti demi tunggu saya tamatkan exam untuk semua kertas
- abah
- tok dan tok ki yang buat surprise dengan buat doa selamat serta baca yassin untuk saya dengan orang kampung. Yang teperanjatnya, saya tak tahu pun itu untuk saya sehinggalah pak imam panggil.
- guru yang berjuang bersama-sama
- kawan-kawan terutama yang asyik kena sahaja oleh saya semasa exam dan banyak terima gangguan dari saya ~terutama yg angka giliran TA013A031 .:sorry kalau terima gangguan yang tidak sepatutnya. :D, junior2 n sesape yang tolong gak..
- dan tidak lupa, kepada kawan-kawan blogger yang bagi support.
0 comments:
Post a Comment