Hargai Masa

>> Tuesday, March 25, 2008



Hargailah masa. Itulah perkataan yang sering diucapkan oleh guru, ibu, bapa dan orang-orang yang telah berjaya dalam kehiupan. Masa itu umpama pedang yang tajam. Masa adalah paling berharga sesaat berlalu tidak akan kembali lagi. Memulakan hari ini adalah lebih baik dari bermula esok. Orang-orang yang menghargai masa akan memulakan penerokaan kejayaan bermula dari sekarang dan tidak menunggu masa untuk bermula.

Jangan membuang masa, gunakan setiap saat yang anda ada untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Masa perlu diurus dengan baik. Jangan sesekali membazikan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mestilah membaca, menulis, mengira, bersukan, berjogging, memancing, berkelah, mendengar radio, mengemas rumah, menolong ibu di dapur, menolong bapa berkebun, membasuh kereta, menonton televisyen, makan, minum, beribadat, mandi, tidur, mendengar nasihat, mengarang, bersajak, melukis dan sebagainya.

Lakukanlah apa jua perkara yang anda fikirkan ianya baik dan disukai oleh kedua ibubapa ada. Jangan sesekali melakukan perkara yang dimarahi oleh ibubapa anda.. Semua perkara yang baik perlu dilakukan bagi memenuhi masa anda seharian. Sebagai makhluk yang bergelar manusia kita mestilah melakukan apa jua aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang tidak menyalahi undang-undang.

Amalkan cara hidup sihat. Masa kita amat berharga oleh itu jauhkan diri kita dari membuang masa dengan membuat kerja yang tidak berfaedah seperti menyalah guna dadah, mabuk, merokok, lepak, merambu, kutu-rayau dan apa jua aktiviti yang ditegah oleh ibubapa kita.

Dalam sehari setiap orang mendapat masa yang sama iaitu 24 jam. Peruntukan masa ini perlu dihabiskan dengan aktiviti atau ianya habis tanpa sebarang aktiviti. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa yang tinggal ialah masa yang masih ada sebelum tempoh masa berakhir. Contohnya dalam peperiksaan jika dibri 60 minit adalah tempoh masa, Ianya akan berakhir selepas trempoh itu dan tiada tambahan masa lagi bagi menjawab soalan. Jika tinggal dua bulan untuk peperiksaan ianya akan berkurang dari hari ke hari.

Oleh itu adalah penting bagi anda merancang masa agar apa jua aktiviti dapat dilakukan dan menjurus kepada matlamat anda untuk mendapat 100 markah bagi setiap subjek dalam peperiksaan UPSR nanti.

Kejayaan tidak datang seperti debu yang terampai dalam udara, kita, kita dapat bernafas kerana udara sentiasa ada di hadapan hidung. Bayangkanlah jika kita perlu perlu pergi ke suatu tempat untuk bernafas dan menyambung semula kerja umpama penyelam tradisional yang akan timbul ke permukaan untuk bernafas dan menyelam semula untuk menyambung pekerjaan di dasar laut. Oleh itu penyelam yang mempunyai tangki udara adalah menjimatkan masa dan kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih cekap tanpa perlu membuang masa.

Disini, sebagai pelajar kita haruslah menjadikan kebiasaan agar buku sentiasa berada di samping kita sepanjang masa. Apa yang boleh lakukan ialah memiliki sebuah buku nota yang kita perlu namakannya sebagai buku teroka. Apa jua pelajaran atau nota yang berkaitan pembelajaran kita hendaklah dicatat dalam buku teroka, dan buku tersebut hendaklah sentiasa berada dengan kita. Ada saja masa terluang buka buku tersebut atau lakukan aktiviti menulis nota ke dalam buku teroka.

Buku teroka boleh dibuat dengan membahagikan sebuah buku kepada 7 bahagian mengikut subjek yang dipelajari. Sebagai pelajar anda hendaklah menghasilkan sebanyak mungkin buku teroka, ianya akan menjadi ensiklopedia anda sendiri. Anda akan dapati buku teroka amat berguna dan sumber rujukan anda pada bila-bila masa.

Read more...

Azam Yang Tinggi

>> Monday, March 24, 2008


Azam yang tinggi adalah merupakan kunci utama bagi membuka pintu kejayaan. Orang-orang berjaya mempunyai sifat yang sama iaitu keinginan untuk berjaya. Mula-mula cuba anda bayangkan seorang kawan lama anda yang anda kenali pada waktu anda sedang dalam darjah satu datang kepada anda dan membawa segugus kunci. Sambil menyebut nama anda dia pun berkata, wahai sahabatku daripada segugus kunci ini terdapat satu kunci yang mana ianya boleh digunakan untuk membuka sebuah peti besi yang tertanam dii satu kawasan yang anda akan diberitahu dan di dalam peti tersebut terdapat harta yang bernilai. Walaupun anda belum melihat lagi mangga peti tersebut anda cuma diberi peluang untuk memilih satu kunci untuk membuka peti tersebut dan dengan kunci itu anda akan dapat membuka peti yang disebutkan.

Tanpa berlengah lagi, anda pun mencapai segugus kunci, anda dapati terdapat lebih 100 kunci. Lalu memilih satu kunci yang anda yakini dapat digunakan untuk membuka peti tersebut.

Adakah anda yakin bahawa satu kunci itu dapat membuka peti tersebut? Sebenarnya peluang untuk anda mendapat harta dengan membuka mangga hanyalah satu dari 100 kunci. Anda akan bernasib baik jika kunci yang anda peroelehi itu benar-benar kunci bagi mangga yang terdapat pada peti tersebut. Di sini kunci tidak penting yang penting ialah lokasi di mana peti itu berada adalah utama. Dengan menerima satu kunci tersebut anda akan diberitahu lokasi peti itu berada. Apabila anda menemui peti itu, kunci yang anda bawa belum pasti dapat membuka peti itu tetapi tanpa kunci dengan peralatan lain anda masih boleh membuka peti tersebut. Anda boleh gunakan peralatan lain seperti besi pengumpil, tukul, ragum dan sebagainya.

Di sini bukan kunci yang betul menjadi persoalan tetapi ialah lokasi oeti itu terdapat adalah paling utama. Kunci yang sebenarnya telahpun anda miliki, Cuma anda perlu tahu di mana peti itu berada sahaja. Peluang memiliki kunci yang betul tidak begitu penting dibandingkan dengan mengetahului lokasi peti itu.

Jika anda memilih untuk mendapat nombor satu dalam kelas anda, anda perlu mendapat markah tertinggi dalam kelas anda. Biasanya hanya seorang sahaja yang akan mendapat nombor satu.

Tetapi peluang untuk mendapat 100 markah terbuka kepada semua. Oleh itu bermula sekarang anda hendaklah melupakan niat untuk mendapat nombor satu tetapi berikan keyakinan pada diri anda untuk mendapat 100 markah bagi setiap subjek. Untuk mencapai 100 markah anda mesti mempunyai keazaman yang tinggi. Katakan pada diri anda aku akan cuba mendapat 100 markah bagi setiap subjek. Pejamkan mata anda sekarang dan anda telah ketahui peti harta itu ialah 100 markah.

Jika anda berjaya memperolehi 100 markah bagi subjek Matematik, anda telah berada sama taraf dengan mana-mana rakan sebaya anda. Kalau anak Presiden Amerika mendapat 98 markah dalam subjek Matematik. Nah, nampaknya anda sebenarnya akan lebih cerdik daripada anak Presiden Amerika bagi subjek itu.

Oleh itu, mulai sekarang anda telahpun mengetahui betapa pentingnya mempunyai keazaman yang tinggi dan berazamlah untuk mendapat 100 markah bagi setiap subjek. Jika anda mendapat 100 markah, keputusan A sememangnya telah berada di tangan anda, tetapi jika anda hanya mendapat 79 markah sahaja. Nasib belum tentu memihak kepada anda.

Untuk melengkapkan sebuah kejayaan, yakinlah bahawa semua subjek adalah penting walaupun tidak dinilai dalam peperiksaan. Marilah sama-sama berusaha agar semua orang boleh mendapat 100 markah.

Kesemua perkara ini kelihatan mempunyai persamaan. Namun setiap daripadaya mempunyai perbezaan yang nyata. Cita-cita merupakan sesuatu perkara yang ingin dilakukan kita apabila meningkat dewasa bagi menampung keperluan hidup. Manakala impian sesuatu yang kita mahukan dan belum tentu sesuatu yang kita mahukan pasti kita perolehi.

Azam amatlah berbeza dari cita-cita dan impian. Ramai orang yang tersalah anggap, tidak kira kawan-kawan kita mahupun orang sekeliling kita yang mengatakan bahawa azam itu hanyalah semata-mata menjelang tahun baru dan satu matlamat bagi mengatasi kekurangan mereka pada tahun sebelumnya. Ya, ada betulnya anggapan mereka. Walau bagaimanapun adaka azam yang mereka tanam semasa menjelang tahun baru itu mempunyai halatuju yang jelas. Jika ya, kenapa masih ramai lagi perokok yang berazam ingin berhenti merokok tidak berjaya berhenti. Azam bukan hanya setakat itu. Azam merupakan sesuatu yang bukannya sekadar menjelang tahun baru, azam ialah matlamat untuk kita capai serta realisasikannya dalam jangkamasa tertentu. Dalam erti kata lain, azam ialah halatuju kita mengikut keperluan kita dan apa yang kita mahu. Sebagai contoh, sebuah syarikat mempunyai azam untuk memperoleh keuntungan sebanyak satu kali ganda lebih daripada keuntungan syarikat pada bulan lepas. Azam itu merupakan matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh bulan itu. Dalam masa sebulan tersebut, syarikat tersebut akan melakukan pelbagai cara untuk mencapai sasaran tersebut. Apabila sampai sebulan, hasilnya akan dianalisis bagi mengetahui sama ada mereka berjaya atau tidak dan hasil inilah yang akan digunakan bagi sasaran bulan seterusnya.

Bagi seorang pelajar pula, anda haruslah mempunyai azam anda sendiri, matlamat dan sasaran anda sendiri mengikut matlamat anda. Sekarang karier anda adalah merupakan seorang pelajar dan fokus utama anda dan matlamat yang betul adalah untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan sama ada peperiksaan di peringkat sekolah mahupun peringkat awam. Sepertimana syarikat tadi yang ingin memperoleh peningkatan keuntungan, begitu juga azam anda. Sebagai contoh pada ujian yang pertama, anda haruslah berazam untuk memperoleh keputusan yang boleh dikatakan tinggi mengikut kemampuan anda. Jika anda berjaya, anda haruslah meningkatkan lagi sasaran anda untuk ujian seterusnya. Namun jika anda gagal untuk mencapai sasaran tersebut, anda haruslah berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai matlamat anda dengan cara anda mengenal pasti kekurangan dan kelemahan anda bagi menampung sasaran anda yang seterusnya. Anda boleh menganggap bahawa azam itu merupakan satu aras untuk dicapai. Oleh itu, anda haruslah bermula dengan merancang dengan aras yang semakin tinggi tahapnya

Read more...

Mengenai blog

Wadah Kejayaan~ Sebuah blog mengenai pandangan penulis terhadap aspek kehidupan dirinya. Pandangan nya mungkin berbeza dan ada yang tidak disetujui. Namun itulah fitrah manusia yang subjektif, menilai persekitaran dari sudut yang berbeza...

Sponcered By

Followers

GeoMap.:bloggermaps:.


  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP